ENG | BM
Buletin
Syarikat pawagam Cinepolis ambil alih Cinemaxx di Indonesia

Penulis: Nisa Irina

Salah satu cawangan Cinépolis yang beroperasi.
Salah satu cawangan Cinépolis yang beroperasi.

27 Sep – Rangkaian pawagam terkenal di Indonesia iaitu PT Cinemaxx Global Pasifik (Cinemaxx) kini sudah dimiliki oleh pengendali pawagam kedua terbesar di dunia, iaitu Cinepolis, dan mereka telah pun membuka cawangan pertama mereka di sana.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pegawai Pemasaran PT Cinemaxx Global Pasifik, Celeste Koay Ting Ting meluahkan rasa teruja dan berbesar hati di atas berita gembira tersebut.

"Ia merupakan satu penghormatan besar dapat menjadi sebahagian daripada syarikat global Cinépolis. Hari ini, kami dengan berbesar hati membuka cawangan Cinépolis di Indonesia, untuk membina pengalaman sinematik yang menyeronokkan, inovatif berserta perkhidmatan yang baik di negara ini.

"Terima kasih kepada rakan kongsi global kami di atas bimbingan dalam pelaksanaan di pasaran tempatan ini. Sebuah kumpulan hebat yang bekerjasama. Tahniah kepada kumpulan Indonesia dan teruskan usaha anda!" ujarnya yang dipetik dari SWA.

Sebanyak 53 buah pawagam di Indonesia akan dijenamakan semula bermula pada bulan ini sehingga berakhirnya suku tahun keempat 2019. Selain itu, panggung Cinemaxx Gold, Deluxe dan UltraXD akan diubah menjadi Cinépolis VIP, Luxe dan MacroXE.

Cinépolis, yang sudah beroperasi selama hampir lima dekad, telah menjalinkan usaha sama strategik bersama PT Cinemaxx Global Pasifik serta membeli sebanyak 40 peratus saham syarikat Lippo Group.

Visi utama mereka adalah untuk memperluaskan cawangan pawagam Cinépolis secara global termasuk di Timur Selatan Asia.

(Sumber foto: Alpherald)
(Sumber artikel: SWA, LinkedIn Celeste Koay Ting Ting)


Cinema Online, 27 September 2019