ENG | BM
Buletin
Taapsee Pannu jadi joki lumba kuda dalam biopik baru

Penulis: Nisa Irina


Taapsee Pannu telah menjayakan beberapa buah biopik hebat sepanjang karier lakonannya.

4 Ogos – Aktres Taapsee Pannu dilihat semakin aktif berlakon dan terbaru, dia telah ditawarkan untuk membawa watak joki lumba kuda wanita dalam sebuah biopik.

"Pengarah Shivam Nair telah menawarkan sebuah filem yang sudah lama berada dalam perancangannya kepada Taapsee. Ia berdasarkan kehidupan joki lumba kuda wanita pertama di India, Rupa Singh.

"Shivam telah pun mendapatkan kelulusan hak cipta untuk membikin filem ini dan kini dia sedang menulis skrip. Nampaknya Taapsee telah pun bersetuju dengan tawaran itu," jelas satu sumber terdekat.

Tambah sumber itu lagi, jalan cerita dan skrip masih belum dimuktamadkan tetapi ia adalah sebuah kisah yang menarik mengenai seorang wanita yang menceburi bidang pekerjaan lelaki.


Laporan dari Pinkvilla menyatakan sesi penggambaran bagi filem tersebut bakal dijalankan pada pertengahan tahun depan memandangkan Shivam sibuk dengan sebuah projek siri web.

Selain itu, Shivam juga akan memulakan penggambaran biopik mengenai Uzma Ahmed bersama Saif Ali Khan dan Shraddha Kapoor bermula Januari hingga Februari tahun depan.

Beralih ke perkembangan terkini, Taapsee sedang menantikan tayangan sebuah lagi filem biopik lakonannya bersama Bhumi Pednekar berjudul "Saand Ki Aankh".

Filem mengenai atlet penembak tertua di dunia iaitu Chandro Tomar dan Prakashi Tomar arahan Tushar Hiranandani itu akan dirilis pada 25 Oktober tahun ini.

(Sumber artikel: Pinkvilla)

(Sumber foto: Maxim Magazine)


Cinema Online, 4 Ogos 2019

Pautan Berkaitan
Sanjay Dutt sahkan bakal bintangi filem "K.G.F: Chapter 2"
Aktor itu akan menjayakan watak anti-hero dalam filem aksi sejarah tersebut.
Sonakshi Sinha bakal rilis album sulungnya
Aktres itu turut bercadang untuk mengadakan sebuah pameran seni lukis.
Judul filem baru Janhvi Kapoor diubah bagi elak disaman
Sebelum ini, judul filem itu dilaporkan sama seperti sebuah jenama minuman di Pakistan.
Isabelle Kaif bakal bintangi filem debut berjudul "Kwatha"
Aktres itu akan digandingkan bersama Aayush Sharma dalam filem perang tersebut.
Watak pewira negara tarik perhatian John Abraham
Aktor itu dipilih untuk menerajui filem adaptasi kisah benar "Batla House".
Deepika Padukone tidak kisah kongsi pengalaman alami tekanan
Aktres itu akui dia berasa lebih lega selepas menceritakan pengalamannya.
Rajkummar Rao akui sentiasa bersikap selektif
Aktor itu tidak mahu terikat dengan terlalu banyak projek filem dalam satu masa.