ENG | BM
Buletin
Tamannaah Bhatia bakal bintangi sebuah biopik sukan Kabbadi

Penulis: Nisa Irina

Tamannaah Bhatia akan digandingkan dengan aktor Telugu, Gopichand.
Tamannaah Bhatia akan digandingkan dengan aktor Telugu, Gopichand.

1 Okt – Aktres Tamannaah Bhatia telah memberi kata putus untuk membintangi sebuah filem biopik sukan Kabbadi yang masih belum diberi judul arahan Sampath Nandi.

Sehubungan dengan itu, Tamannaah diberi tanggungjawab untuk menggalas watak seorang jurulatih kepada sekumpulan atlet perempuan bagi sukan tersebut.

"Saya berkongsi pengalaman dan hubungan kerja yang baik bersama pengarah dan apabila saya menerima tawaran ini, saya mendapati skripnya sangat menarik dan membolehkan saya untuk bereksperimen.

"Sukan adalah salah satu perkara yang menarik minat saya. Terdapat pelbagai jenis latihan yang akan saya jalani bermula dari dialek ke postur badan hinggalah ke pengetahuan teknikal sebagai persediaan dalam filem ini," katanya.

Tambah aktres itu lagi, wataknya merupakan satu penghargaan kepada para jurulatih seperti Pullela Gopichand, Ramakant Achrekar, Guru Hanuman dan Satpal Singh.

Seperti yang dilaporkan menerusi Mumbai Mirror, Tamannaah akan digandingkan bersama aktor Telugu, Gopichand, yang membintangi filem aksi thriller "Chanakya".

Dalam pada itu, Tamannaah akan berkongsi skrin bersama aktor Chiranjeevi menerusi sebuah filem Telugu berjudul "Sye Raa" yang akan dirilis pada 2 Oktober ini.

Selain itu, dia juga akan membintangi sebuah filem Tamil bersama aktor Vishal sebagai peneraju utama berjudul "Action" dan filem "Petromax" arahan Rohin Venkatesan.

(Sumber foto: Vogue India)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 1 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Kajol buat 'tribute' dalam buku biografi Sridevi
Aktres itu turut meluahkan rasa teruja kerana diberi peluang tersebut oleh syarikat penerbitan buku.
Prerna Arora akan kembali terbitkan filem
Penerbit itu baru sahaja diikat jamin selepas lapan bulan dipenjarakan.
Sushant Singh Rajput bakal sertai Misi Ke Bulan NASA 2024?
Aktor itu akan menjalani latihan angkasawan di NASA tidak lama lagi.
Kegagalan 14 filem tak pernah buat Akshay Kumar patah semangat
Aktor itu mengakui kegagalan banyak mengajarnya untuk berusaha menjadi lebih baik.
Vidyut Jammwal kembali beraksi dalam "Commando 3"
Aktor itu turut berkongsikan poster rasmi pertama bagi filem aksi thriller tersebut.