ENG | BM
Buletin
Tarikh tayangan filem Janhvi Kapoor "RoohiAfza" ditunda

Penulis: Nisa Irina


Janhvi Kapoor enggan mengulas lanjut mengenai butiran filem "RoohiAfza".

22 Sep – Tarikh rilis bagi filem komedi seram "RoohiAfza" lakonan Janhvi Kapoor dan Rajkummar Rao dilaporkan telah ditanggungkan demi memberi ruang untuk pembikin filem menayangkan filem "Angrezi Medium".

Menurut laporan dari India Today, filem "RoohiAfza" yang dijadualkan untuk ditayang di pawagam pada 20 Mac tahun hadapan telah mendapat tarikh baru iaitu pada 17 April.

Justeru, perkara itu menandakan tempat kosong tersebut diganti dengan filem "Angrezi Medium" arahan Homi Adajania, yang mana menampilkan pelakon utama, Irrfan Khan, Kareena Kapoor dan Radhika Madan.


Kedua-dua filem itu diterbitkan oleh Dinesh Vijan dan Mrighdeep Singh Lamba di bawah syarikat produksi Maddock Films.

Janhvi akan menggalas dua watak berbeza dalam filem arahan Hardik Mehta tersebut, di mana penggambarannya bermula pada Jun lalu dan berakhir baru-baru ini.

Lokasi penggambaran bertempat di sebuah kampung berdekatan Agra, Roorkee dan Manali.

Disoal mengenai butiran filem itu, Janhvi enggan mengulas lanjut kerana mempercayai mitos lama yang mengatakan ia akan membawa nasib buruk kepada pihak yang terlibat.

"Tak kisah jika anda menggelar saya lapuk atau ketinggalan zaman, tetapi jika saya terlalu mendedahkan mengenai filem ini, ia akan membawa nasib malang.

"Jadi saya tidak akan bercakap banyak mengenainya. Namun begitu, saya rasa bertuah kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian dari filem ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, aktres itu akan dilihat menerusi filem "The Kargil War", sebuah biopik mengenai Gunjan Saxena, juruterbang wanita pertama India yang berjaya membuat penerbangan kombat.

(Sumber foto: India TV)

(Sumber artikel: India Today)


Cinema Online, 22 September 2019

Pautan Berkaitan
Kiara Advani bakal terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?
Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.
Ira Khan jadi pengarah pementasan teater "Medea"
Ira turut memberi tawaran kepada aktres Hazel Keech dan abangnya Junaid Khan.
Sanaya Irani buat debut di layar perak dalam filem "Ghost"
Aktres itu turut berkongsikan poster rasmi filem tersebut di laman sosial.
Filem "Drive" tak akan ditayangkan di pawagam
Bagaimanapun filem itu akan ditayangkan di sebuah portal penstriman video terkenal.
Filem "Gully Boy" ke Anugerah Oscar 2020?
Kedua-dua peneraju utama, Ranveer Singh dan Alia Bhatt, berasa teruja dengan berita tersebut.
Sanya Malhotra sah bintangi biopik Shakuntala Devi
Aktres itu akan bergandingan dengan Vidya Balan buat pertama kali.
Shraddha Kapoor jalani latihan Judo dan MMA untuk "Baaghi 3"
Aktres itu akan kembali bergandingan bersama aktor Tiger Shroff selepas tiga tahun.
Tiger Shroff tak akan promosikan "War" bersama Hrithik Roshan?
Kedua-dua bintang filem aksi itu diasingkan sepanjang sesi promosi filem berlangsung.