ENG | BM
Buletin
Tayangan "Bhangra Paa Le" dibatalkan di pawagam

Penulis: Nisa Irina

Ronnie Screwvala enggan menambah kos mempromosikan filemnya.
Ronnie Screwvala enggan menambah kos mempromosikan filemnya.

5 Nov– Selepas filem "Drive", kini filem terbitan Ronnie Screwvala, "Bhangra Paa Le", pula yang dibatalkan tayangannya di pawagam dan hanya akan disiarkan di portal penstriman video terkenal Netflix.

Menurut laporan dari Lii Studio, pada mulanya tarikh rilis filem itu adalah pada 1 November, kemudian ditunda sehingga 15 November. Ia dijangka sebagai filem terakhir yang akan dirilis oleh Ronnie pada tahun ini.

"Kebiasaannya orang ramai berpendapat jika sesebuah filem itu ditayangkan di portal penstriman video, bermakna filem itu teruk. Namun bukan bagi filem "Bhangra Paa Le".

"Ia telah dihasilkan dengan baik dan pembikin juga berpuas hati dengannya. Bagaimanapun, mereka mendapati jika ia ditayangkan di pawagam, mereka perlu mengeluarkan kos promosi dan bajet juga akan bertambah.

"Terdapat juga filem lain yang akan dirilis pada bulan ini jadi persaingan akan meningkat. Selain itu, sambutan bagi filem "The Sky Is Pink" juga kurang memuaskan walaupun ia dibintangi Priyanka Chopra," dedah satu sumber terdekat.

Sebagai kesimpulan atas faktor-faktor berkenaan, para pembikin filem telah membuat perjanjian bersama Netflix dan mereka meneruskan cadangan tersebut.

Filem "Bhangra Paa Le" menandakan pengarahan debut bagi Sneha Taurani dan ia dibintangi oleh aktor Sunny Kaushal bersama Rukshar Dhillon.

(Sumber foto: Coolbrands Influencers)

(Sumber artikel: Lii Studio)


Cinema Online, 5 November 2019