ENG | BM
Buletin
Tiz Zaqyah rasa bertuah dipilih bintangi "Sara Sajeeda"

Penulis: Ashraf Nasser

Tiz Zaqyah tak sangka drama terbaru lakonannya cetus fenomena tersendiri.
Tiz Zaqyah tak sangka drama terbaru lakonannya cetus fenomena tersendiri.

7 Nov – Pelakon Tiz Zaqyah memberitahu dia berasa bertuah apabila dipilih untuk membintangi drama "Sara Sajeeda" yang mana dia bergandingan dengan pelakon dari Pakistan, Arslan Asad yang mana drama tersebut telah mecetuskan fenomenanya tersendiri.

"Saya melakonkan watak Sara dalam drama arahan Eoon Shuhaini ini. Tidak dinafikan pelakon Pakistan kebanyakannya cantik dan kacak. Jadi, saya berasa sangat bertuah dapat memegang watak utama dalam naskhah membabitkan pelakon dari negara berkenaan. Ia rezeki yang tidak mampu ditolak.

"Bayangkan, selepas berkongsi foto bersama Arslan di Instagram, sudah ramai pengikut dan kawan yang tidak sabar menunggu drama ini ditayangkan. Kalau nak tahu, ada juga yang sudah tidak keruan melihat wajahnya," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, dapat terlibat dengan drama terbitan Zeel Production memberikannya satu pengalaman yang cukup berharga buat dirinya.

Dalam pada itu, pelakon "Kolestrol Vs Cinta" ini berkata walaupun dia pertama kali bergandingan dengan Arslan, namun mereka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan keserasian kerana masing-masing sudah tahu apa yang perlu dibuat.

"Sara Sajeeda" mula ditayangkan sejak 3 Oktober lalu di TV3 mula mendapat perhatian sejak hari pertama tayangannya dan berjaya menduduki carta 'trending' di YouTube.

(Sumber foto: Tiz Zaqyah Instagram)


Cinema Online, 7 November 2019