ENG | BM
Buletin
Tya Arifin teruja dapat bawa watak ejen perisik

Penulis: Ashraf Nasser

Tya Arifin teruja dapat bawa watak ejen perisik
Tya Arifin tak sabar menanti tayangan filem pertamanya di Malaysia.

30 Okt - Selepas hampir empat tahun menyepikan diri dari lakonan kerana mahu memberi fokus kepada keluarga, pelakon Indonesia Tya Arifin akhirnya kembali aktif dengan dunia lakonan apabila bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "M.O.X – Misi Operasi X".

Dalam filem arahan Datuk Zulkiflie M. Osman itu dia akan membawa watak sebagai Fifi seorang ejen perisik Indonesia yang juga kekasih kepada Don Pedro merupakan ejen perisik M.O.X dari Malaysia.

"Mendapat kesempatan berlakon di bawah arahan Datuk Zulkiflie M. Osman adalah peluang terbaik memandangkan beliau seorang pengarah ayng cukup berpengalaman.

"Malah, beliau juga banyak memberi saya ruang untuk mengembangkan lagi watak Fifi ini dan penonton akan dapat lihat kelainan yang saya tampilkan dalam filem ini," ujarnya.

Tambah Tya lagi, apa yang membuatkannya lebih teruja adalah fiilem ini adalah naskhah pertamanya apabila mula bertapak di Malaysia.

Berikutan itu dia berharap agar filem ini akan mendapat sambutan daripada penonton.

Dalam filem ini menyaksikan Tya akan bergandingan Ebi Kornelis sebagai peneraju, manakala Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz pula sebagai pelakon pembantu.

Filem "M.O.X – Misi Operasi X" akan menemui penonton di seluruh negara bermula 21 November depan.

(Sumber foto: Tya Arifin Instagram)


Cinema Online, 30 Oktober 2019