ENG | BM
Buletin
Umie Aida ganti Azar Azmi di saat-saat akhir teater "Melayu-Pawana Isabella"

Penulis: Ashraf Nasser


Umie Aida anggap 'kerja gila' yang dilakukannya sebagai satu kenangan manis buat dirinya.

29 Ogos – Pelakon tersohor tanah air Datin Umie Aida telah melakukan perkara luar biasa apabila dia bersetuju untuk menggantikan pelakon Azar Azmi yang tidak sihat untuk berlakon dalam teater "Melayu-Pawana Isabella" 20 minit sebelum pementasan bermula.

"Saya buat kerja gila semalam! 20 minit sebelum pementasan bermula, dapat panggilan daripada Erma. Dia minta tolong saya gantikan Azar Azmi kerana masalah kesihatan.

"Apa? Dalam hati saya berkata, gilakah? Saya tidak tahu dialog dan blocking. Sudahlah dialog pementasa itu dalam bahasa bangsawan," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Umie yang bersetuju untuk menggantikan Azar yang membawa watak sebagai Puteri Barok itu berkata dia terpaksa berlakon sambil memegang skrip.

Jelas pelakon "Jwanita" ini, Erma yang juga kakaknya meminta pertolongannya kerana hanya dia sahaja yang muat memakai baju-baju Azar.

Dalam pada itu, Umie berkata walaupun menganggap ia sebagai satu kerja gila, namun dia gembira dapat menyahut cabaran itu sekaligus menjadikan malam tersebut sebagai kenangan manis yang sukar dilupakan.

Pada masa sama dia turut meluahkan rasa bersyukur dengan pelakon lain yang banyak membantunya menjayakan watak tersebut.

Teater "Melayu-Pawana Isabella" yang sedang dipentaskan di Istana Budaya akan berlangsung sehingga 31 Ogos ini.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Janna Nick, Azar Azmi, Datuk Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Ozlynn Wati dan Jay Iswazir.

(Sumber foto: Umie Aida Instagram)


Cinema Online, 29 Ogos 2019

Filem Berkaitan
Jwanita (Malay) (24 Sep 2015)
Dukun (Malay) (05 Apr 2018)
Pautan Berkaitan
Umie Aida terkejut dinobat Pelakon Wanita Terbaik FFM 30
Pelakon itu berjaya rangkul trofi itu buat kali kedua menerusi filem "Dukun".
Erma Fatima beri 'syarat' kepada Umie Aida yang mahu jadi pengarah
Pengarah tersohor itu kini sedang siapkan skrip drama yang akan diarahkan oleh adiknya.
Umie Aida maafkan Erra Fazira tapi tak akan berkawan semula
Kontroversi antara kedua-dua pelakon itu sudah diselesaikan secara baik.