ENG | BM
Buletin
Umie Aida terkejut dinobat Pelakon Wanita Terbaik FFM 30

Penulis: Florey DM


Umie Aida dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di FFM 30.

2 Apr - Pelakon tersohor tanah air Datin Seri Umie Aida terpaksa menunggu lebih sedekad untuk menyaksikan lakonannya sebagai bomoh dalam filem "Dukun" ditayangkan, namun ia satu penantian yang cukup berbaloi apabila dia dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk watak tersebut.

Pelakon berusia 46 tahun itu menerima anugerah itu pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM 30) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

"Saya tidak gementar apabila pencalonan diumumkan. Tetapi apabila berada di atas pentas saya berasa sangat gemuruh," ujarnya.

Aktres itu yang baru sahaja pulang dari bercuti beberapa hari sebelum malam kemuncak, mengakui tidak terfikir langsung mengenai FFM berikutan dia tidak meletak sebarang harapan untuk menang.

"Terdapat 42 buah filem bertanding. Kami tidak tahu siapa Top 5, kriteria apa yang dikehendaki oleh juri, jadi saya tidak letak sebarang harapan."

Kejayaan Umie menyaksikan dia menidakan pencalonan lain dalam kategori sama iaitu Maya Karin, Datin Diana Danielle, Sangeeta Krishnasamy dan Emily Lim.


Umie Aida dalam salah satu babak sebagai bomoh dalam "Dukun".

Ini merupakan trofi kedua Pelakon Wanita Terbaik Umie di FFM dan ketiga keseluruhan. Sebelum ini dia pernah merangkul trofi sama pada FFM 16 menerusi filem "Embun" dan dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada FFM 26 menerusi filem "Sembunyi: Amukan Azazil".

Dalam perkembangan lain, Umie berkata buat masa ini dia tidak akan terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan kerana sedang sibuk dengan filem sulung arahannya yang diberi judul "Lelaki Melayu Terakhir" yang dibintangi oleh Remy Ishak.

Judul filem ini dilihat hampir sama dengan judul filem kakaknya iaitu Erma Fatima, "Perempuan Melayu Terakhir" - yang mana menyaksikan Erma berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 - kerana Erma yang menggarap skrip untuk filem pertama arahan Umie.

Penggambaran filem itu akan bermula pada Jun ini selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Cinema Online, 2 April 2019

Filem Berkaitan
Dukun (Malay) (05 Apr 2018)
Pautan Berkaitan
Umie Aida bawa watak bomoh dari "Dukun" ke "Jwanita"
Pelakon terkenal itu yang membawa watak sebagai bomoh akui membawa sedikit karakter bomoh seperti dalam filem "Dukun"
"Dukun" bakal ditayangkan di Indonesia
Filem seram itu akan tembusi pasaran negara seberang selepas kejayaan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Penonton terpukau dengan watak Umie Aida dalam "Dukun"
Selama dua bulan pelakon itu tinggal bersama ular sebagai persedian untuk wataknya.
Umie Aida akui bersikap selektif pilih naskhah
Pelakon itu berkata dia lebih utamakan skrip berbanding rumah produksi.
Umie Aida maafkan Erra Fazira tapi tak akan berkawan semula
Kontroversi antara kedua-dua pelakon itu sudah diselesaikan secara baik.
Umie Aida ganti Azar Azmi di saat-saat akhir teater "Melayu-Pawana Isabella"
Aktres itu terpaksa berlakon sambil memegang skrip.