ENG | BM
Buletin
Watak "Bachchan Pandey" Akshay Kumar ambil masa untuk dihasilkan

Penulis: Nisa Irina

Akshay Kumar akan menamatkan penggambaran dua buah filem terlebih dahulu sebelum ke set "Bachchan Pandey".
Akshay Kumar akan menamatkan penggambaran dua buah filem terlebih dahulu sebelum ke set "Bachchan Pandey".

26 Sep – Selepas filem terbaru Akshay Kumar, "Bachchan Pandey", dilancarkan baru-baru ini, laporan menyatakan penggambaran filem berunsur aksi komedi itu akan bermula pada Februari 2020.

Berikutan itu, kumpulan penulis telah mendedahkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk mereka penampilan bagi watak Akshay supaya ia bersesuaian dengan genre dan jalan cerita.

"Ia sebuah watak besar dan kami mempunyai beberapa orang penulis yang dibawa khas untuk watak Akshay. Kami turut mengambil masa untuk mereka penampilannya.

"Sebelum terlibat dengan projek "Bachchan Pandey", Akshay akan menamatkan penggambaran sebuah filem sejarah dan filem "Sooryavanshi" terlebih dahulu.

"Penggambaran filem ini akan dijalankan dalam satu jadual yang panjang sehingga babak terakhir dan skrip akan diperbaiki sehinggalah bermulanya penggambaran," dedah satu sumber terdekat.

Sesi penggambaran akan dijalankan di beberapa lokasi di serata India dan pihak produksi akan mencari lokasi sesuai bermula November ini.

Laporan menyatakan filem itu merupakan sebuah 'remake' filem Tamil berjudul "Veeram" yang ditayangkan pada 2014, dibintangi oleh Ajith Kumar dan Tamannaah.

Menurut laporan yang dipetik dari Mumbai Mirror, filem itu menandakan kolaborasi ke-10 Akshay bersama penerbit Sajid Nadiadwala selepas filem "Waqt Hamara Hai", "Mujhse Shaadi Karogi", "Jaan-E-Mann", "Heyy Babyy", "Kambakkht Ishq" serta keempat-empat siri filem "Housefull".

Diarahkan oleh Farhad Samji, "Bachchan Pandey" dijangka akan ditayangkan di pawagam pada Krismas 2020.

(Sumber foto: stmed.net)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 26 September 2019