ENG | BM
Buletin
Ahmed Khan: Kami akan terus hidupkan francais "Baaghi"

Penulis: Nisa Irina

Ahmed Khan memuji hasil kerja Tiger Shroff dalam "Baaghi 3".
Ahmed Khan memuji hasil kerja Tiger Shroff dalam "Baaghi 3".

12 Mac – Belum sampai seminggu ditayangkan, kutipan filem aksi "Baaghi 3" sudah pun mencapai sasaran pecah panggung dan menerima sambutan memberansangkan biarpun dunia sedang dilanda wabak novel COVID-19.

Pengarahnya, Ahmed Khan, meluahkan rasa teruja apabila orang ramai menyukai kelainan yang dibawanya menerusi tema filem yang diterajui oleh bintang terkenal Tiger Shroff itu.

Melihat sambutan yang diterima cukup baik, Ahmed akhirnya mendedahkan perancangannya untuk terus memperkembangkan francais aksi kegemaran ramai itu.

"Semuanya bergantung kepada penerbit Sajid Nadiadwala. Jika dia bersetuju untuk kami teruskan dengan "Baaghi 4", kami akan membikinnya. Apa yang pasti, kami akan terus menghidupkan francais ini.

"Salah satu faktor yang membuatkan filem ini berjaya adalah penglibatan Tiger dan sokongan para peminatnya, di samping aksi yang sesuai dengan jalan cerita. Tiger telah bekerja keras untuk melakukan aksi sebegini," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Menurut Ahmed, pengalaman bekerja buat kali kedua dengan Tiger banyak mengajarnya untuk lebih memahami aktor itu, malah menyifatkan Tiger seorang yang merendah diri walaupun dia semakin terkenal.

Selain Tiger, "Baaghi 3" turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Riteish Deshmukh, Shraddha Kapoor, Ankita Lokhande, Vijay Varma, Ashutosh Rana serta bapa Tiger yang juga aktor veteran Jackie Shroff.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Ahmed Khan Instagram)


Cinema Online, 12 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Jacqueline Fernandez dedah cabaran sebelum ceburi dunia Bollywood
Aktres itu dedahkan ramai pihak berpendapat dia tidak sesuai untuk industri itu.
Kajol gembira buat pilihan tepat untuk debut filem pendek
Aktres itu telah menjayakan filem pendek arahan Priyanka Banerjee berjudul "Devi".
Taapsee Pannu jalani latihan kecergasan di Haridwar
Aktres itu sedang mempersiapkan diri sebelum penggambaran "Rashmi Rocket".
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Saket Chaudhary akui tak berminat arah filem "Agrezi Medium"
Pengarah itu berasa cukup untuk menyampaikan ceritanya menerusi "Hindi Medium".