ENG | BM
Buletin
Ajay Devgn akui pengalaman berlakon banyak ubah peribadinya

Penulis: Nisa Irina

Ajay Devgn sertakan Saif Ali Khan dalam filem "Tanhaji" kerana yakin dengan kebolehan aktor itu.
Ajay Devgn sertakan Saif Ali Khan dalam filem "Tanhaji" kerana yakin dengan kebolehan aktor itu.

9 Jan – Hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri perfileman Bollywood, aktor Ajay Devgn mengakui pengalaman telah banyak mengajar dan memberi perubahan terhadap dirinya.

Bermula dengan "Phool Aur Kaante" sebagai filem debutnya pada 1991, kini Ajay bakal menjayakan filem sejarah "Tanhaji: The Unsung Warrior", juga menandakan filem lakonannya yang ke-100.

"Sejujurnya, saya tidak sedar bahawa ia adalah filem saya yang ke-100, sehinggalah Om Raut (pengarah) memberitahunya kepada saya. Industri dilihat semakin profesional berbanding ketika saya mula menceburinya.

"Dahulu, ia kurang profesional dan saya banyak berseronok tetapi sekarang banyak risiko dan anda tidak boleh mengambil mudah sesuatu kerja.

"Kini, anda perlu menamatkan jadual penggambaran tepat pada waktunya memandangkan ia terikat pada bajet yang ketat. Setiap jam memerlukan wang," katanya yang dipetik dari Times of India.

Menurut suami kepada aktres terkenal Kajol itu, perkara itu turut menjadikannya lebih teliti dan fokus terhadap sesuatu filem berbanding dahulu, di mana dia mampu melibatkan diri dalam 15 buah filem dalam satu masa.

Dalam pada itu, Ajay turut mendedahkan ideanya untuk menyertakan Saif Ali Khan dalam filem berkenaan sebagai watak Udaybhan Rathod, kerana yakin dengan kebolehan aktor tersebut.

Treler filem yang dilancarkan baru-baru ini telah menerima sambutan baik dari kalangan peminat. Filem "Tanhaji: The Unsung Warrior" bakal ditayangkan di pawagam pada 10 Januari ini.

(Sumber foto: Prokerala)
(Sumber artikel: Times of India)


Cinema Online, 9 Januari 2020

Pautan Berkaitan
Sidharth Malhotra bakal terajui filem 'remake' Telugu?
Difahamkan bahawa aktor itu telah memberi lampu hijau kepada projek tersebut.
Nora Fatehi ganti Parineeti Chopra dalam "Bhuj: The Pride of India"
Sebelumnya, Parineeti telah menarik diri kerana isu pelanggaran tarikh.
Impian Rukshar Dhillon ceburi dunia Bollywood akhirnya tercapai
Aktres baru itu membuat debut di skrin lebar menerusi filem tarian "Bhangra Paa Le".
Karan Johar bakal realisasi filem tentang ketua perisik R. N. Kao
Filem itu merupakan sebuah adaptasi dari buku hasil nukilan Nitin A. Gokhale.
Kajol dedah pernah alami keguguran dua kali
Aktres itu kini kembali bergandingan dengan suaminya Ajay Devgn menerusi filem "Tanhaji".
Karier lakonan Hrithik Roshan hampir cecah dua dekad
Aktor itu juga mendedahkan dia akan terlibat dengan beberapa projek baru bagi 2020.