ENG | BM
Buletin
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan

Penulis: Nisa Irina

Akshay dan Rohit mempromosikan
Akshay dan Rohit mempromosikan "Sooryavanshi" di sebuah program bual bicara.

14 Mac – Pengakuan yang dibuat oleh aktor Akshay Kumar mengenai perbuatannya melakukan aksi lagak ngeri filem "Sooryavanshi" tanpa menggunakan alat keselamatan yang disediakan telah mengejutkan pihak produksi.

"90 peratus babak aksi filem ini dijayakan oleh Akshay. Dalam satu babak, Akshay melakukan aksi lagak ngeri melompat ke dalam helikopter dari motosikal yang ditunggangnya tanpa bantuan alat keselamatan.

"Perkara itu mengejutkan saya dan seluruh kru. Asalnya, kami telah menetapkan potongan di antara babak itu untuk memakaikan dia alat keselamatan.

"Namun kami tidak tahu bila dia berbincang dengan juruterbang yang membenarkan dia terus melakukan aksi lagak ngeri itu tanpa sokongan alat keselamatan," ujar pengarah Rohit Shetty menerusi DNA India.

Dalam pada itu, pihak produksi "Sooryavanshi" telah mengadakan mesyuarat pada saat-saat akhir bagi membincangkan jika tarikh tayangan filem berkenaan perlu ditunda berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Selain Akshay, filem itu turut menampilkan pelakon lain seperti Katrina Kaif, Ajay Devgn, Ranveer Singh, Gulshan Grover, Abhimanyu Singh, Niharica Raizada, Jackie Shroff, Sikandar Kher, Nikitin Dheer dan Vivan Bhatena.

Diterbitkan oleh Karan Johar dengan kerjasama beberapa penerbit lain, "Sooryavanshi" dijangka untuk menemui penonton di pawagam bermula 24 Mac ini.

(Sumber: DNA India)
(Sumber foto: Akshay Kumar Instagram)


Cinema Online, 14 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Produksi "Badhaai Do" bakal mula Jun 2020
Filem itu merupakan sekuel kepada "Badhaai Ho" yang ditayangkan dua tahun lalu.
Radhika Madan banyak belajar dari lakonan aktor lain
Aktres itu dedahkan dia punyai keserasian berlakon dengan Irrfan Khan dalam "Angrezi Medium".
Bhumi Pednekar rasa bertuah jadi pilihan para penerbit
Aktres itu mempunyai empat buah projek filem besar yang ditayangkan tahun ini.
IIFA 2020 ditunda akibat wabak COVID-19
Perkara itu telah diputuskan oleh pihak penganjur dan kerajaan Madhya Pradesh.
Produksi filem "Jersey" Shahid Kapoor ditangguhkan tiga minggu
Perkara itu berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Latihan seni bela diri bantu Nora Fatehi kembangkan karier
Aktres itu sedang menjalani penggambaran filem sejarah "Bhuj: The Pride of India".
Karan Johar gantung produksi Dharma Productions
Perkara itu diputuskan berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.
Produksi filem baru Shah Rukh Khan bakal mula Julai 2020
Filem itu berdasarkan kes serangan seksual yang berlaku di Muzaffarpur pada 2018.