ENG | BM
Buletin
Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Penulis: Ashraf Nasser

Akshay Kumar bakal bintangi filem
Akshay Kumar bakal bintangi filem "Satte Pe Satta" yang merupakan filem kegemarannya.

22 Jan – Selepas pelakon Hrithik Roshan dilaporkan tidak akan membintangi filem 'remake' Raj N Sippy berjudul "Satte Pe Satta" (1982), pembikin filem Farah Khan kini dalam proses mencari pengganti baru dan aktor itu adalah Akshay Kumar.

Menurut laporan dari The Media Hq, Farah bukan sahaja terpaksa mencari pelakon utama baru, malah skrip naskhah tersebut juga dirombak.

Terdahulu, hubungan antara kedua-dua Farah dan Akshay keruh ketika terlibat dalam filem "Tees Maar Khan" pada tahun 2010, namun nampaknya mereka sudah melupakan mengenai perkara itu dan bersikap profesional untuk kembali bekerjasama selepas hampir sedekad.

Sebelum ini Akshay pernah memberitahu bahawa filem asal "Satte Pe Satta" merupakan filem kegemarannya sepanjang zaman.

Sementara itu, Akshay kini berada di puncak kerjayanya apabila terus muncul dengan filem-filem pecah panggung termasuknya filem terbarunya "Good Newzz" bergandingan dengan Kareena Kapoor.

(Sumber: The Media Hq)
(Sumber foto: India Today)


Cinema Online, 22 Januari 2020