ENG | BM
Buletin
Akshay Kumar akui wabak COVID-19 jejaskan industri Bollywood

Penulis: Ashraf Nasser


Akshay Kumar minta orang ramai supaya mengambil langkah-langkah
pencegahan supaya tidak dijangkiti wabak COVID-19.

11 Mac – Tidak dapat dinafikan liputan berita di seluruh dunia kini lebih ke arah mengenai isu penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi masalah di seluruh dunia yang mana ia telah menjejaskan pelbagai industri termasuklah industri Bollywood.

Perkara itu turut diakui oleh bintang terkenal iaitu Akshay Kumar yang tidak menafikan penularan wabak COVID-19 memberi impak kepada industri filem Bollywood, bagaimanapun dia tidak tahu sebesar mana impak itu.

"Perdana menteri sudah memberi peringatan kepada orang ramai supaya mengelak dari pergi ke tempat-tempat yang mempunyai ramai orang selain sentiasa bersikap berjaga-jaga," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.


Tambahnya lagi, orang ramai juga perlu menitikberatkan soal kebersihan dan perlu mengelak daripada bersentuhan supaya dapat mengelak dari dijangkiti.

Dalam perkembangan lain, Akshay yang baru sahaja muncul dengan filem "Good Newwz" yang mendapat sambutan luar biasa daripada penonton bakal muncul dengan filem terbaru tidak lama lagi berjudul "Sooryavanshi".

Filem arahan Rohit Shetty yang turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Ranveer Singh, Ajay Devgn dan Katrina Kaif ini akan menemui penonton pada 24 Mac ini.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: connectedtoindia)


Cinema Online, 11 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Jacqueline Fernandez dedah cabaran sebelum ceburi dunia Bollywood
Aktres itu dedahkan ramai pihak berpendapat dia tidak sesuai untuk industri itu.
Kajol gembira buat pilihan tepat untuk debut filem pendek
Aktres itu telah menjayakan filem pendek arahan Priyanka Banerjee berjudul "Devi".
Taapsee Pannu jalani latihan kecergasan di Haridwar
Aktres itu sedang mempersiapkan diri sebelum penggambaran "Rashmi Rocket".