ENG | BM
Buletin
Alia Bhatt nafi cedera ketika penggambaran "Gangubai Kathiawadi"

Penulis: Nisa Irina

Alia Bhatt akan kembali ke set penggambaran seperti biasa.
Alia Bhatt akan kembali ke set penggambaran seperti biasa.

23 Jan – Aktres Alia Bhatt menafikan sakit belakang yang dialaminya baru-baru ini berpunca dari kecederaan ketika menjalani penggambaran filem terbarunya "Gangubai Kathiawadi".

Menurut laporan dari India Today, Alia menjelaskan ia adalah kecederaaan lama yang masih belum sembuh tetapi tidak memerlukan sebarang rawatan sebaliknya hanya waktu rehat yang cukup.

Pada masa yang sama, dia mengingatkan pihak media supaya berhati-hati apabila menerbitkan kenyataan tentangnya.

"Kenyataan mengenai saya cedera di set penggambaran filem adalah tidak benar. Ini adalah kecederaan lama yang belum sembuh dan saya hanya memerlukan sehari untuk berehat di rumah.

"Tiada sebarang kemalangan yang berlaku. Sila dapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum anda menerbitkan apa-apa butiran mengenai saya.

"Selepas mendapat rehat yang secukupnya, saya bersedia untuk kembali beraksi dan meneruskan penggambaran! Terima kasih atas semua ucapan cepat sembuh anda," tulisnya menerusi entri yang dimuat naik di Instagram.

Filem "Gangubai Kathiawadi" arahan Sanjay Leela Bhansali menampilkan Alia sebagai Ratu Mafia dan 'ibu ayam' bagi sebuah rumah pelacuran. Ia akan ditayangkan pada 11 September 2020.

(Sumber foto: Alia Bhatt Instagram)
(Sumber artikel: India Today)


Cinema Online, 23 Januari 2020