ENG | BM
Buletin
Ananya Panday disatukan bersama Vijay Deverakonda dalam "Fighter"

Penulis: Nisa Irina

Ananya Panday merupakan peminat Vijay Deverakonda.
Ananya Panday merupakan peminat Vijay Deverakonda.

23 Jan – Aktres Ananya Panday disahkan untuk disatukan bersama aktor Telugu Vijay Deverakonda menerusi filem aksi terbitan Karan Johar "Fighter" yang diarahkan oleh Puri Jagannadh.

Susulan itu, pemilihan Ananya bertujuan menggantikan tempat aktres Janhvi Kapoor yang terpaksa menarik diri dari projek filem itu kerana isu pelanggaran tarikh penggambaran.

"Janhvi sangat berkeinginan malah telah membuat pertimbangan untuk membintangi filem ini tetapi dia tidak dapat menyelaraskan tarikhnya.

"Selepas itu Karan menawarkannya kepada Ananya dan dia terus bersetuju," dedah satu sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Sementara itu, Vijay telah pun membuat persiapan rapi dengan menjalani pelbagai latihan kecergasan serta menurunkan berat badan memandangkan ia adalah filem aksinya yang pertama.

Sebelum ini, Vijay yang juga penerbit filem "Meeku Maathrame Cheptha", terkenal dengan filem Telugu "Arjun Reddy" dan "Dear Comrade".

Dalam perkembangan lain, Vijay akan dilihat menerusi filem biopik "Thalaivi" dan "World Famous Lover", sementara Ananya pula akan membintangi filem "Khaali Peeli" arahan Maqbool Khan.

(Sumber foto: Ananya Panday & Vijay Deverakonda Instagram)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 23 Januari 2020