ENG | BM
Buletin
Azhan Rani jalankan tanggungjawab sosial ketika COVID-19

Penulis: Ashraf Nasser

Azhan Rani mahu terus bantu pesakit-pesakit lain yang memerlukan darah.
Azhan Rani mahu terus bantu pesakit-pesakit lain yang memerlukan darah.

25 Mac – Pelakon popular Azhan Rani memberitahu walaupun negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19, namun dia terus melakukan tanggungjawab sosialnya dengan menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN).

Walaupun seluruh rakyat diminta untuk mematuhi PKP, namun Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani telah menghubungi pihak PDN bagi bertanyakan samada dia boleh ke sana atau tidak. "Saya sudah hubungi pihak PDN untuk bertanya selamat atau tidak jika mahu ke sana bagi tujuan menderma darah. Selepas mendapat maklumat terperinci yang tepat, barulah saya buat keputusan. Saya ikut semua perkara disarankan pihak berwajib.

"Jangan datang secara berkumpulan, tidak singgah di tempat-tempat tak sepatutnya, ikut amalan penjarakan sosial dan sentiasa memakai pelindung mulut dan hidung," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Azhan lagi, untuk memudahkan perjalanan bagi penderma darah tetap sepertinya, buku merah perlu dibawa supaya dapat ditujukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan kawalan pemeriksaan di jalan raya.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjaya seninya Azhan bakal muncul dengan filem terbaru tidak lama lagi berjudul "Bikin Filem" arahan Hitler Zami.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai filem itu masih lagi belum diketahui termasuk bilakah ia akan ditayangkan di pawagam.

(Sumber foto: Azhan Rani Instagram)


Cinema Online, 25 Mac 2020

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Azhan Rani tak kisah wataknya dalam "Nur 2" dilabel syaitan
Pelakon itu melihat ia dari sudut positif yang mana lakonannya berjaya beri kesan.
Azhan Rani mahu berlakon dengan Rosyam Nor sebagai watak utama
Pelakon itu turut mendedahkan sebab dia menerima tawaran filem "Motif".
Azhan Rani kembali warnai dunia lakonan
Pelakon itu akui kembali berlakon selepas berehat seketika bagi menghormati pemergian bapanya baru-baru ini.
Perlu ke artis diberi bantuan khas oleh kerajaan?
Ketika ini sedang berlakunya peperangan antara segelintir artis dengan netizen berhubung perkara ini.