ENG | BM
Buletin
Bella Astillah kembali menyanyi selepas 14 tahun

Penulis: Ashraf Nasser

Bella Astillah nafi single terbarunya ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam hidupnya.
Bella Astillah nafi single terbarunya ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam hidupnya.

26 Mac – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kembali aktif dalam dunia muzik selepas 14 tahun apabila baru sahaja muncul dengan single terbarunya berjudul "Tenang" yang akan dilancarkan esok iaitu pada 27 Mac.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, single terbaru hasil ciptaan komposer terkenal Audi Mok ini bukanlah mengenai kehidupannya.

"Saya percaya setiap individu menginginkan kehidupan yang baik. Bagi saya, apabila kita sentiasa positif, insyaAllah mudah untuk berasa tenang. Dari situ, saya dan komposer mendapat sedikit inspirasi untuk lirik lagu "Tenang".

"Lirik lagu ini tidak sepenuhnya mengenai perjalanan hidup saya, tapi lebih kepada ingin berkongsi perasaan positif untuk sentiasa bersangka baik dengan ujian dan jangan putus asa," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Bella berkata walaupun dia sudah lama tidak masuk ke studio rakaman namun proses rakaman single terbarunya itu berjalan dengan lancar.

Sebelum ini Bella mula muncul dalam dunia muzik pada usia 12 tahun bersama adiknya iaitu Didi Astillah yang mana mereka dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara.

Sepanjang tempoh itu, mereka telah merakam album kanak-kanak dan kali terakhir mereka merakamkan lagu adalah untuk lagu tema untuk drama "Diari Ramadan Rafique".

Sementara itu, selain menyanyi Bella juga kini aktif dengan dunia lakonan sejak tahun lalu dan sudah pun membintangi drama "Cinta Belum Tamat Tempoh" dan telefilem "Jamil Balik Kampung".

(Sumber foto: Bella Astillah Instagram)


Cinema Online, 26 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Bella Astillah bakal bintangi drama bersiri
Pelakon itu ingin ceburi bidang seni untuk sibukkan diri.
Bella Astillah mahu ceburi bidang nyanyian pula
Selepas namanya sudah kukuh dalam dunia lakonan, Bella kini mahu ceburi bidang nyanyian pula.
Bella tak kisah dikatakan banyak dapat tawaran kerana simpati
Pelakon itu berkata dia tidak fikir sangat soal itu kerana dia lebih fokus pada anak dan kerjayanya.