ENG | BM
Buletin
Bhumi Pednekar rasa bertuah jadi pilihan para penerbit

Penulis: Nisa Irina

Bhumi Pednekar akan terus berusaha menjadi pelakon lebih baik.
Bhumi Pednekar akan terus berusaha menjadi pelakon lebih baik.

11 Mac – Sejak akhir-akhir ini, aktres Bhumi Pednekar dilihat semakin sibuk apabila dipilih untuk membintangi filem-filem komersial serta bekerja dengan pembikin filem yang tersohor dalam industri Bollywood.

Menurut Bhumi, dia berasa senang hati dan bertuah kerana diberi kepercayaan oleh para penerbit untuk memilihnya bagi melibatkan diri dalam projek-projek filem mereka.

"Secara tidak langsung, ia menambah tanggungjawab yang lebih besar kepada saya tetapi saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana memilih saya sebagai sebahagian daripada visi mereka.

"Ia mengukuhkan lagi karya-karya saya dan juga kepercayaan saya sebagai seorang selebriti kerana saya hanya memilih filem yang sesuai dengan cita rasa saya.

"Projek-projek sebegitu sebenarnya banyak membantu saya untuk mendapatkan projek yang saya idamkan," katanya menerusi The Indian Express.

Dalam pada itu, Bhumi menyatakan dia sentiasa mempercayai pilihan watak yang dibawanya dan gembira kerana ia diterima para penonton dan pengkritik filem.

"Saya berhasrat untuk terus melakukan yang terbaik dan memilih skrip bagus yang dihasilkan oleh industri," tambahnya lagi.

Bagi tahun 2020, Bhumi telah membintangi dua filem terbaru iaitu filem komedi romantik terbitan Aanand L. Rai "Shubh Mangal Zyada Saavdhan" dan filem seram "Bhoot – Part One: The Haunted Ship" yang dirilis serentak pada 21 Februari.

Selain itu, dia juga sedang menjalani penggambaran filem thriller seram "Durgavati" arahan G. Ashok dan menjadi peneraju utama filem "Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare" yang kini dalam pos-produksi.

(Sumber: New Indian Express)
(Sumber foto: Vogue India)


Cinema Online, 11 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Jacqueline Fernandez dedah cabaran sebelum ceburi dunia Bollywood
Aktres itu dedahkan ramai pihak berpendapat dia tidak sesuai untuk industri itu.
Kajol gembira buat pilihan tepat untuk debut filem pendek
Aktres itu telah menjayakan filem pendek arahan Priyanka Banerjee berjudul "Devi".
Taapsee Pannu jalani latihan kecergasan di Haridwar
Aktres itu sedang mempersiapkan diri sebelum penggambaran "Rashmi Rocket".
Vicky Kaushal sanggup keluar duit sendiri untuk berlakon
Aktor itu mendedahkan cabaran hidupnya sebelum bergelar bintang Bollywood.
Rohit Shetty adakan mesyuarat berkenaan tayangan "Sooryavanshi"
Pihak produksi berbincang jika tayangannya perlu ditunda berikutan wabak COVID-19.
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan
Perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak produksi terlebih dahulu.