ENG | BM
Buletin
Priyanka Chopra bakal bintangi siri "Citadel"

Penulis: Nisa Irina

Priyanka Chopra dilihat semakin aktif bintangi siri web.
Priyanka Chopra dilihat semakin aktif bintangi siri web.

17 Jan – Selebriti terkenal Priyanka Chopra Jonas dipilih untuk berganding dengan aktor Hollywood Richard Madden bagi membintangi siri web perisikan "Citadel" yang akan ditayangkan di portal penstriman video Amazon.

Seperti yang dilaporkan oleh Bollywood Hungama, Priyanka dan Richard akan menerajui siri itu dalam versi Amerika, sementara ianya juga akan ditayangkan dalam bahasa tempatan di beberapa buah negara lain.

"Ideanya adalah untuk menghasilkan sebuah siri perisikan yang padat dengan aksi secara global. Ia adalah cara bercerita yang sangat inovatif dan kami tidak sabar untuk mendedahkan lebih banyak butiran kepada anda," ujar Pengarah Amazon Studios Jennifer Salke.

Untuk pengetahuan lanjut, siri itu diterbitkan oleh adik beradik Russo, Anthony dan Joe, bersama Patrick Moran, Mike Larocca, Josh Appelbaum, André Nemec, Jeff Pinkner dan Scott Rosenberg selaku penulis skrip dan penerbit eksekutif.

Buat masa ini, sebarang butiran lanjut mengenai jalan cerita siri tersebut masih belum didedahkan dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Rata-rata peminat menanti kemunculan Priyanka bersama Richard di bawah kerjasama penerbit siri filem "Avengers" itu selepas Priyanka memuat naik berita mengenai perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Priyanka baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Netflix "We Can Be Superheroes" dan "The White Tiger".

(Sumber foto: Elle Magazine)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 17 Januari 2020