ENG | BM
Buletin
Deepika Padukone ingin berlakon lebih banyak filem bersama Ranveer Singh

Penulis: Nisa Irina

Deepika Padukone ingin teroka lebih banyak watak berbeza bersama Ranveer Singh.
Deepika Padukone ingin teroka lebih banyak watak berbeza bersama Ranveer Singh.

9 Jan – Aktres Deepika Padukone menafikan laporan yang mengatakan dia telah menolak tiga tawaran filem bersama suaminya yang juga aktor Ranveer Singh untuk mengelakkan pendedahan mereka sebagai pasangan.

"Semua itu tidak benar sama sekali. Kami menanti sebuah filem yang menyatukan kami berdua. Walau bagaimanapun, kami tiada hak untuk membuat keputusan kerana semuanya bergantung kepada pengarah.

"Sudah lama kami tidak menerima tawaran sebegitu, ia satu pengalaman baru untuk bekerjasama dengan Ranveer dalam "'83" selepas tiga buah filem pada sebelum ini. Saya berharap kami dapat berlakon bersama-sama dalam lebih banyak filem pada masa akan datang.

"Mungkin sesuatu yang lebih kontemporari dan genre yang tidak terlalu berat. Ia pasti menarik jika seseorang dapat meneroka kolaborasi kami dalam cara yang berbeza dari apa yang orang ramai pernah lihat," jelas Deepika menerusi laporan Pinkvilla.

Pasangan Deepika dan Ranveer akan membintangi filem sukan "83" arahan Kabir Khan sebagai atlet kriket Kapten Kapil Dev Nikhanj dan isterinya Romi Bhatia. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 10 April 2020.

Dalam pada itu, Deepika sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, "Chhapaak", yang berkisar mengenai Malti, mangsa serangan asid yang diinspirasikan daripada Laxmi Agarwal.

Diarahkan oleh Meghna Gulzar, filem itu bakal rilis di pawagam pada 10 Januari ini.

(Sumber foto: DNA India)
(Sumber artikel: Pinkvilla)


Cinema Online, 9 Januari 2020

Pautan Berkaitan
Ajay Devgn beri bayangan "Singham 3" akan direalisasi
Aktor itu berkata bayangan mengenai filem itu akan didedahkan dalam filem "Sooryavanshi".
Aditya Roy Kapur & John Abraham bertembung dalam "Ek Villain 2"
Buat masa ini pembikin filem sedang mencari peneraju wanita utama untuk filem itu.
Sidharth Malhotra bakal terajui filem 'remake' Telugu?
Difahamkan bahawa aktor itu telah memberi lampu hijau kepada projek tersebut.
Karan Johar bakal realisasi filem tentang ketua perisik R. N. Kao
Filem itu merupakan sebuah adaptasi dari buku hasil nukilan Nitin A. Gokhale.
Kajol dedah pernah alami keguguran dua kali
Aktres itu kini kembali bergandingan dengan suaminya Ajay Devgn menerusi filem "Tanhaji".
Karier lakonan Hrithik Roshan hampir cecah dua dekad
Aktor itu juga mendedahkan dia akan terlibat dengan beberapa projek baru bagi 2020.