ENG | BM
Buletin
Filem Amitabh Bachchan "AB Anni CD" bakal dirilis semula

Penulis: Nisa Irina

Your fans are just as dismayed as you are, Natasha.
Amitabh Bachchan buat penampilan cameo dalam "AB Anni CD".

19 Mac – Penerbit Akshay Bardapurkar membuat keputusan untuk merilis semula filem "AB Anni CD" yang mula tayang di pawagam pada minggu lalu ke suatu tarikh baru yang bakal diumumkan kelak.

Perkara itu berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan kerajaan India mengarahkan supaya semua panggung wayang ditutup sehingga 31 Mac ini.

"Kami telah menunda tarikh rilis filem "AB Anni CD". Apa yang kami perlu utamakan sekarang adalah keselamatan semua pihak. Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat memberansangkan.

"Kami berasa senang hati apabila mendapat tahu para penonton menyokong keputusan kami dan sanggup bersabar untuk menontonnya. Saya harap orang ramai sentiasa berwaspada sehingga situasi terkawal.

"Perkara ini memerlukan kerjasama semua pihak, bukan sahaja industri hiburan tetapi semua pihak perlu berada di rumah dan menjaga keselamatan supaya kita dapat menamatkan penularan wabak ini," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

"AB Anni CD" merupakan sebuah filem Marathi arahan Milind Lele yang menampilkan bintang veteran Amitabh Bachchan sebagai cameo. Ia dibintangi oleh Vikram Gokhale, Subodh Bhave, Sayali Sanjeev, dan Akshay Tanksale.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: deccanchronicle)

 


Cinema Online, 19 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Saket Chaudhary akui tak berminat arah filem "Agrezi Medium"
Pengarah itu berasa cukup untuk menyampaikan ceritanya menerusi "Hindi Medium".
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Saif Ali Khan rancang terbitkan filem biopik
Walau bagaimanapun perancangan itu kini masih dalam proses perbincangan awal.
Rhea Chakraborty kongsi video kecergasan ketika tempoh kuarantin
Aktres itu ingin beri motivasi kepada orang ramai untuk amalkan gaya hidup sihat.
Shraddha Kapoor pernah tolak tawaran berlakon dengan Salman Khan
Aktres itu ingin fokus terhadap pelajaran pada ketika itu.
Lara Dutta bakal bekerjasama dengan produksi United Kingdom
Aktres itu bersedia untuk menerbitkan sebuah filem bukan fiksyen terbaru.