ENG | BM
Buletin
IIFA 2020 ditunda akibat wabak COVID-19

Penulis: Nisa Irina

Bintang terkenal Salman Khan dilantik sebagai pengacara IIFA 2020.
Bintang terkenal Salman Khan dilantik sebagai pengacara IIFA 2020.

17 Mac – Pengisytiharan penularan wabak COVID-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini telah menjejaskan industri seni hiburan di seluruh dunia termasuk industri Bollywood.

Selain penangguhan tayangan filem-filem besar, kini salah satu acara berprestij tahunan di dunia iaitu anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) juga terpaksa ditunda ke satu tarikh yang baru.

Acara yang digelar sebagai 'Oscar Bollywood' edisi ke-21 itu sepatutnya berlangsung di Madhya Pradesh pada hujung bulan ini. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur IIFA telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi.

"Berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19 serta memastikan kesihatan dan keselamatan para peminat IIFA dan orang awam, pihak pengurusan IIFA telah berunding dengan kerajaan Madhya Pradesh dan memutuskan untuk menunda acara IIFA 2020 yang sepatutnya berlangsung pada hujung Mac 2020.

"Satu tarikh dan perancangan baru untuk menganjurkan IIFA di Madhya Pradesh akan diumumkan tidak lama lagi. IFFA memegang tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan keselamatan para peminat IIFA yang mengembara jauh dari seluruh dunia untuk menghadiri dan menikmati pengalaman magik IIFA.

"Segala kesulitan amat kami kesali, dan kami berharap agar semua pihak memahami sensitiviti atas situasi ini," ujar jurucakap IIFA seperti yang dilaporkan oleh Masala!

Tahun lalu, aktor versatil Ayushmann Khurrana telah bertindak sebagai pengacara IIFA 2019 dan tempat itu sepatutnya diisi oleh bintang terkenal Salman Khan pada acara tahun ini.

Filem terbaik yang berjaya mendominasi IIFA 2019 berpihak kepada "Raazi" arahan Meghna Gulzar dan aktres Alia Bhatt dinobatkan sebagai Aktres Terbaik bagi filem tersebut.

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Loudest India)


Cinema Online, 17 Mac 2020

Pautan Berkaitan
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan
Perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak produksi terlebih dahulu.
Sesi uji bakat filem buat Radhika Madan lebih yakin
Aktres itu berpendapat pelakon yang tidak menyertai uji bakat kurang keyakinan diri.
Imtiaz Khan disahkan meninggal dunia
Pengarah dan aktor veteran itu meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.
Perkahwinan Ali Fazal dan Richa Chadha ditunda akibat COVID-19
Pasangan itu berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada April.
Priyanshu Painyuli sertai Taapsee Pannu dalam "Rashmi Rocket"
Aktor itu menerima tawaran filem tersebut pada saat akhir.