ENG | BM
Buletin
Jackky Bhagnani bakal hasilkan 'remake' "The Burning Train" dalam skala besar

Penulis: Nisa Irina

Jackky Bhagnani akan bekerjasama dengan anak pengarah filem asal, Juno Chopra.
Jackky Bhagnani akan bekerjasama dengan anak pengarah filem asal, Juno Chopra.

12 Mac – Penerbit dan aktor Jackky Bhagnani mengesahkan proses produksi untuk sebuah 'remake' filem aksi thriller klasik "The Burning Train" (1980) bakal berlangsung pada separuh kedua tahun ini.

Menurut Jackky, idea untuk menghasilkan 'remake' "The Burning Train" timbul setelah memikirkan dia membesar dengan filem klasik itu dan berpendapat ia perlu ditayangkan pada generasi masa kini.

Filem klasik itu diarahkan oleh Ravi Chopra di bawah terbitan B. R. Chopra, dan menampilkan barisan pelakon seperti Dharmendra, Hema Malini, Vinod Khanna, Parveen Babi, Jeetendra dan Neetu Singh.

Sehubungan dengan itu, Jackky akan bekerjasama dengan anak Ravi Chopra sendiri, Juno Chopra, yang menggarap filem komedi romantik "Pati Patni Aur Woh" (2019).

Penerbit filem "Jawaani Jaaneman" (2020) itu turut menjanjikan filem 'remake' berkenaan akan dihasilkan dalam skala besar dan menampilkan barisan pelakon ternama.

"Saya percaya ramai yang membesar menonton filem ini seperti saya. Ia adalah salah satu filem klasik Bollywood dan saya teruja untuk bekerjasama dengan Juno bagi menghasilkan semula karya Ravi Chopra 40 tahun lalu.

"Filem itu mempunyai keistimewaannya sendiri dan kami sudah bersedia untuk memberi yang terbaik. Kami akan menetapkan para pelakon tidak lama lagi.

"Adaptasi versi moden ini akan difilemkan dalam kereta api dan mempunyai jalan cerita yang baru berserta kesan visual yang lebih baik," jelasnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Beralih ke perkembangan lain, Jackky sedang menantikan tayangan sebuah lagi filem terbitannya, "Coolie No. 1", lakonan Varun Dhawan dan Sara Ali Khan yang bakal dirilis pada 1 Mei 2020.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Forbes & IMDb)


Cinema Online, 12 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Rohit Shetty berani ambil risiko hasilkan alam sinematik polis
Shetty berpendapat ramai pembikin filem takut untuk hasilkan filem komersial.
Dinesh Vijan rancang terbit "Chinese Medium" pula
Perancangan itu dipertimbangkan selepas filem "Hindi Medium" mendapat sambutan di China.
Kareena Kapoor teruja berkongsi skrin dengan Irrfan Khan buat pertama kali
Aktres itu bakal muncul dengan filem terbarunya "Angrezi Medium".
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Saket Chaudhary akui tak berminat arah filem "Agrezi Medium"
Pengarah itu berasa cukup untuk menyampaikan ceritanya menerusi "Hindi Medium".