ENG | BM
Buletin
Karan Johar bakal realisasi filem tentang ketua perisik R. N. Kao

Penulis: Nisa Irina

Kulit buku "R.N. Kao: Gentleman Spymaster" oleh penulis Nitin A. Gokhale.
Kulit buku "R.N. Kao: Gentleman Spymaster" oleh penulis Nitin A. Gokhale.

11 Jan – Pembikin filem tersohor Karan Johar mengumumkan bahawa dia bakal menghasilkan naskhah terbaru mengenai ketua perisik dan pengasas agensi Research and Analysis Wing (R&AW) Rameshwar Nath Kao.

"Kami membawakan kepada anda sebuah adaptasi dari buku nukilan Nitin A. Gokhale "R.N. Kao: Gentleman Spymaster" ke layar perak. Nantikan butiran lebih lanjut tidak lama lagi!

"Dharma Productions dan Still and Still Media Collective mempersembahkan sebuah kisah balik tabir kehidupan sebenar ketua perisik India - Rameshwar Nath Rao," tulisnya menerusi sebuah entri di laman Twitter.

Seperti yang dilaporkan menerusi Pinkvilla, Karan atau lebih dikenali sebagai KJo masih belum mengumumkan barisan pelakon dan tarikh tayangan bagi filem tersebut buat masa ini.

Sedikit maklumat mengenai R.N. Kao, beliau pernah berkhidmat sebagai ketua pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Nehru dan penasihat keselamatan kepada Perdana Menteri Rajiv Gandhi.

Filem itu akan mengisahkan kehidupan sebenar R.N. Kao sebagai pengasas agensi R&AW dan bagaimana dia berjaya menceburi dunia perisikan antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, KJo sedang sibuk menerbitkan tiga buah filem lain, "Gunjan Saxena: The Kargil Girl", "Bhoot: The Haunted Ship" dan "Sooryavanshi" yang bakal ditayangkan tahun ini.

(Sumber foto: Prokerala & Nitin A. Gokhale Twitter)
(Sumber artikel: Pinkvilla)


Cinema Online, 11 Januari 2020

Pautan Berkaitan
Deepika Padukone ingin berlakon lebih banyak filem bersama Ranveer Singh
Pasangan selebriti terkenal itu akan membintangi filem sukan "'83".
Ajay Devgn akui pengalaman berlakon banyak ubah peribadinya
Aktor itu akan membintangi filem ke-100 menerusi "Tanhaji: The Unsung Warrior".
Taapsee Pannu mahu imbang lakonan filem Bollywood dan India Selatan
Aktres itu mempunyai empat buah filem yang bakal dirilis sepanjang tahun ini.
Shahid Kapoor berani tanggung risiko demi "Jersey"
Aktor itu telah mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem tersebut.
Kriti Sanon perlu tambah 15 kg berat badannya untuk "Mimi"
Aktres itu mengakui berdepan cabaran menaikkan berat badannya.
Varun Dhawan enggan bersikap neutral mengenai isu serangan JNU
Aktor itu turut mengecam serangan terhadap pelajar di universiti berprestij tersebut.
Hrithik Roshan jadi pilihan untuk terajui filem thriller Karan Johar?
Difahamkan aktor itu bersetuju tetapi belum menandatangani kontrak.
Sanjay Dutt dedah faktor utama dia bersetuju bintangi "Sadak 2"
Aktor veteran itu bakal kembali dengan sekuel filem itu selepas 29 tahun.