ENG | BM
Buletin
Produksi filem Katrina Kaif dan Amitabh Bachchan dijangka mula Mei

Penulis: Nisa Irina

Katrina Kaif dan Amitabh Bachchan akan jayakan watak bapa dan anak.
Katrina Kaif dan Amitabh Bachchan akan jayakan watak bapa dan anak.

25 Mac – Selepas menjayakan "Sooryavanshi", aktres Katrina Kaif dilaporkan bakal membintangi sebuah filem baru arahan Vikas Bahl yang akan menggandingkannya bersama bintang veteran Amitabh Bachchan.

Menurut laporan Mumbai Mirror, produksi filem komedi kekeluargaan yang diberi judul sementara "Deadly" itu dijangka akan bermula selepas situasi pandemik COVID-19 berada dalam keadaan terkawal.

"Vikas dan Katrina telah berbincang mengenai watak bapa lakonan Amitabh Bachchan yang tertarik untuk terlibat dalam filem ini. Walau bagaimanapun, Bachchan masih belum menandatangani kontrak secara rasmi.

"Filem ini sepatutnya bermula pada Mei tetapi berikutan kebimbangan terhadap penularan novel Coronavirus di seluruh dunia, pembikin filem sedang menunggu sehingga keadaan terkawal sebelum memulakan peninjauan lokasi.

"Katrina menyukai tema filem ini, yang mengisahkan perjalanan peneraju utama dalam mencari diri sendiri dan diselitkan dengan situasi melucukan. Katrina akan terlibat dengan sesi membaca skrip dengan tujuan untuk lebih memahami wataknya," dedah satu sumber.

Dalam pada itu, Katrina turut merancang untuk keluar dari zon selesa dan menerokai genre-genre filem baru demi memperkembangkan fasa kariernya yang terkini.

Beralih ke perkembangan lain, di samping menantikan tayangan "Sooryavanshi", Katrina juga akan terlibat dengan projek filem komedi seram bersama Ishaan Khatter dan Ananya Panday berjudul "Phone Bhoot".

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Vogue India & Bollywood Hungama)


Cinema Online, 25 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Lara Dutta bakal bekerjasama dengan produksi United Kingdom
Aktres itu bersedia untuk menerbitkan sebuah filem bukan fiksyen terbaru.
Shraddha Kapoor pernah tolak tawaran berlakon dengan Salman Khan
Aktres itu ingin fokus terhadap pelajaran pada ketika itu.
Rhea Chakraborty kongsi video kecergasan ketika tempoh kuarantin
Aktres itu ingin beri motivasi kepada orang ramai untuk amalkan gaya hidup sihat.
Kriti Sanon terbuka untuk berlakon dengan Hrithik Roshan
Aktres itu menafikan dia mempunyai projek filem baru dengan Hrithik.
Amitabh Bachchan kongsi info cegah COVID-19
Bintang veteran itu menyeru orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri.