ENG | BM
Buletin
PVTM kesal masih ada produksi ingkar PKP

Penulis: Ashraf Nasser

Your fans are just as dismayed as you are, Natasha.
Jurey Latiff harap pihak produksi patuh arahan kerajaan.
20 Mac - Nampaknya bukan orang awam sahaja yang ingkar dengan arahan pihak kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi syarikat produksi juga bersikap 'keras kepala' apabila masih lagi meneruskan penggambaran walaupun tidak dibenarkan.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden Persatuan Penerbit Malaysia (PVTM), Dato' Jurey Latiff Rosli yang berkata segelintir penerbit berbuat demikian kerana mengejar tarikh tayangan drama.

"Sesetengah penerbit menerusikan penggambaran kerana mengejar tarikh tayangan drama. Tetapi, ia tidak wajar kerana PVTM sudah meminta stesen televisyen memberikan kelonggaran kepada penerbit drama.

"Kita faham sesetengah penerbit mengejar tarikh tayangan yang suntuk. Ada terikat dengan kontrak, tetapi PVTM sudah berbincang dengan stesen televisyen. PVTM tidak mempunyai kuasa menghalang penerbit meneruskan penggambaran.

"Bagaimanapun, kami sudah mengeluarkan kenyataan minta pemilik syarikat produksi mematuhi perintah kerajaan supaya tiada pelakon dan kru dijangkiti wabak COVID-19," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Jurey berkata pihak penerbit sepatutnya bersikap tolak ansur dan tidak bersikap tamak kerana tidak mahu alami kerugian selain memperjudikan keselamatan kru dan pelakon.

Oleh itu dia berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi akan berulang dan pihak produksi akan bersikap lebih peka dengan keadaan semasa.

(Sumber foto: PVTM.com)

Cinema Online, 20 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Dato' Jurey (GAFIM) dan Dato' Kamil (FINAS) tampil jernihkan keadaan
Dato' Jurey menjelaskan kontroversi baru-baru ini mengenai perbalahan dengan FINAS.
Selebriti tempatan sebulat suara nasihatkan rakyat #StayAtHome
Ia berikutan ada pihak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan.
Pawagam di Malaysia lanjutkan penutupan sehingga hujung April
Ketika ini, beberapa pempamer telah bersetuju untuk melanjutkan penutupan sementara.