ENG | BM
Buletin
Karan Johar gantung produksi Dharma Productions

Penulis: Nisa Irina

Karan Johar ingin pastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak produksi terjaga.
Karan Johar ingin pastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak produksi terjaga.

18 Mac – Pandemik wabak COVID-19 seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menjejaskan industri perfileman di seluruh dunia buat masa ini.

Sehubungan dengan itu, pembikin filem terkenal Karan Johar turut mengambil langkah berwaspada dengan mengumumkan penangguhan segala produksi dan pentadbiran Dharma Productions buat sementara waktu.

"Berikutan penularan pandemik virus COVID-19 di seluruh dunia termasuk India, kami di Dharma Productions telah menangguhkan semua urusan pentadbiran dan produksi sehingga diberitahu kelak.

"Keputusan ini telah dibuat bagi memastikan keselamatan semua pihak dan kami mematuhi segala langkah berjaga-jaga yang dicadangkan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko pendedahan wabak ini kepada para pelakon, kru, pekerja dan penonton kami.

"Kami sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk semua dan semoga kekal tabah dalam menghadapi krisis kesihatan global yang sedang berlaku ini," ujarnya seperti yang diumumkan menerusi laman sosial.

Susulan itu, filem terbitan Karan iaitu "Sooryavanshi" telah ditunda tayangannya ke suatu tarikh baru yang bakal diumumkan. Filem arahan Rohit Shetty itu dibintangi oleh Akshay Kumar.

Selain itu, jadual penggambaran terakhir bagi filem aksi adiwiranya "Brahmastra" yang berlangsung di Mumbai juga dilaporkan terpaksa ditunda sehingga April bagi mengelakkan segala risiko.

Beralih ke perkembangan lain, baru-baru ini Karan telah merilis filem baru terbitannya berjudul "Guilty" di portal penstriman video Netflix.

Filem arahan Ruchi Narain itu dibintangi oleh barisan pelakon seperti Kiara Advani, Akansha Ranjan Kapoor, Gurfateh Singh Pirzada, Taher Shabbir, Dalip Tahil dan ramai lagi.

(Sumber foto: Karan Johar Instagram)


Cinema Online, 18 Mac 2020

Pautan Berkaitan
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan
Perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak produksi terlebih dahulu.