ENG | BM
Buletin
Kriti Sanon perlu susutkan badan pula

Penulis: Nisa Irina

Kriti Sanon puas hati dengan usahanya menjayakan watak dalam "Mimi"
Kriti Sanon puas hati dengan usahanya menjayakan watak dalam "Mimi"

18 Mac – Jika sebelumnya Kriti Sanon berdepan cabaran untuk menambah berat badan, kini aktres itu perlu menurunkan berat badannya semula bagi menjayakan babak lain filem terbarunya "Mimi".

"Cabaran kali ini adalah untuk mendapatkan semula bentuk tubuh asal saya untuk meneruskan penggambaran babak ringan dan sebuah lagu dalam filem ini.

"Agak sukar juga untuk mengurangkan kalori dalam badan. Saya perlu mengamalkan diet buat pertama kali. Pergerakan tubuh saya juga agak kurang memandangkan saya tidak bersenam beberapa bulan lalu," katanya yang dipetik dari Times of India.

Sebelum ini, Kriti perlu menambah berat badannya sebanyak 15 kilogram demi menjayakan watak seorang ibu tumpang bernama Bharti Dadheech.

"Pada mulanya saya bimbang tidak dapat melakukan apa yang produksi mahukan kerana selama ini saya memang kurus. Walau apapun saya berpuas hati kerana kerja keras saya akan dipaparkan dalam skrin," tambahnya lagi.

Diarahkan oleh Laxman Utekar di bawah terbitan Dinesh Vijan, filem "Mimi" yang berkisarkan tentang kehidupan seorang ibu tumpang dijangka akan dirilis pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Kriti telah membuat penampilan khas menerusi lagu "Kudi Nu Nachne De" yang ditampilkan dalam filem terbaru Irrfan Khan berjudul "Angrezi Medium" yang kini ditayangkan di pawagam.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Bazaar India)


Cinema Online, 18 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Saket Chaudhary akui tak berminat arah filem "Agrezi Medium"
Pengarah itu berasa cukup untuk menyampaikan ceritanya menerusi "Hindi Medium".
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Tayangan "Sandeep Aur Pinky Faraar" ditunda
Perkara itu ditetapkan oleh pihak produksi akibat penularan COVID-19.
Tamannaah Bhatia amal langkah pencegahan COVID-19
Aktres itu menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa.