ENG | BM
Buletin
Latihan seni bela diri bantu Nora Fatehi kembangkan karier

Penulis: Nisa Irina

Nora Fatehi akui banyak belajar benda baru apabila membintangi filem.
Nora Fatehi akui banyak belajar benda baru apabila membintangi filem.

17 Mac – Watak sebagai perisik dalam filem sejarah "Bhuj: The Pride of India" semestinya memerlukan aktres Nora Fatehi untuk memahirkan seni bela diri dan latihan penggunaan senjata.

Menerusi filem itu, Nora akan menggalas watak seorang perisik bernama Heena Rehman, sementara peneraju utama Ajay Devgn sebagai ketua skuadron Vijay Karnik.

"Saya telah mempelajari perkara asas seni bela diri, termasuk cara menendang, menumbuk dan juga latihan penggunaan pistol.

"Ia adalah watak yang menguji kebolehan saya dan satu peluang untuk memperkembangkan karier saya seperti dalam "Street Dancer 3D" di mana saya berjaya menonjolkan bakat sebagai penari.

"Bakat dan versatiliti akan terserlah apabila orang ramai menolak tepi pandangan yang setiap artis hanya mempunyai satu kebolehan sahaja," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Diterbitkan oleh Abhishek Dudhaiya, filem "Bhuj: The Pride of India" bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Ogos 2020.

Dalam pada itu, Nora juga akan merilis 'single' ketiganya pada tahun ini, berupa sebuah lagu pop Inggeris hasil kolaborasi bersama seorang penyanyi antarabangsa yang dirakamkan di Morocco.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: IBTimes India)


Cinema Online, 17 Mac 2020

Pautan Berkaitan
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan
Perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak produksi terlebih dahulu.
Sesi uji bakat filem buat Radhika Madan lebih yakin
Aktres itu berpendapat pelakon yang tidak menyertai uji bakat kurang keyakinan diri.
Imtiaz Khan disahkan meninggal dunia
Pengarah dan aktor veteran itu meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.
Perkahwinan Ali Fazal dan Richa Chadha ditunda akibat COVID-19
Pasangan itu berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada April.
Priyanshu Painyuli sertai Taapsee Pannu dalam "Rashmi Rocket"
Aktor itu menerima tawaran filem tersebut pada saat akhir.