ENG | BM
Buletin
Mamat Khalid mahu buat filem terbaru "Classmate Hantu Kak Limah, Hantu Kak Roziah"

Penulis: Ashraf Nasser

Mamat Khalid sedang tunggu masa sesuai untuk berjumpa dengan Ogy untuk tawarkan watak Kak Roziah kepadanya.
Mamat Khalid sedang tunggu masa sesuai untuk berjumpa dengan Ogy
untuk tawarkan watak Kak Roziah kepadanya.

23 Mac - Selepas kejayaan besar filem "Hantu Kak Limah" pada tahun 2018, pengarah filem tersohor tanah air Mamat Khalid meluahkan hasratnya untuk kembali menghasilkan filem seram komedi terbaru berjudul "Classmate Hantu Kak Limah, Hantu Kak Roziah".

Menurut Khalid, untuk watak utama filem itu dia kini dalam proses memujuk pelakon tersohor tanah air iaitu Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy.

"Saya belum menghubungi Ogy lagi kerana takut dan amat hormat kepadanya. Saya nampak dia yang paling sesuai untuk watak ini.

"Tujuan saya ambil Ogy kerana nak meminjam aura dan kemantapan lakonannya. Dia memang bagus dan saya nak jadikan karakter ini bermutu dan bukan saja-saja wujudkan. Saya sudah sediakan wakil untuk merisik Ogy dan apabila dia senang barulah saya nak pergi berjumpa dia," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.


Menurut Mamat, sekiranya Ogy tidak mahu berlakon dalam filem itu barulah dia akan buka watak itu kepada pelakon lain tetapi buat masa ini keutamaannya adalah kepada aktres itu.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem terbarunya itu Mamat berkata ia berkisarkan mengenai Kak Roziah yang merupakan seorang bidan kampung yang serius.

Mamat bagaimanapun tidak dapat mendedahkan lanjut mengenai filem ini kerana ia masih dalam proses pembikinan.

Sementara itu, selain filem "Classmate Hantu Kak Limah, Hantu Kak Roziah" Mamat juga kini sedang dalam proses menyiapkan skrip filem terbarunya yang berkisarkan mengenai muzik Pop Yeh Yeh.

(Sumber foto: Mamat Khalid Instagram)


Cinema Online, 23 Mac 2020

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Mamat Khalid tak sabar mahu masuk ke set penggambaran
Pengarah itu mahu segera masuk ke set penggambaran bila dibenarkan keluar hospital.
Mamat Khalid ingin bikin filem era pop yeh-yeh?
Pengarah itu turut berkongsi butiran mengenai filem muzikal terbarunya "Rock 4: Rockers Never Dai".
Keadaan Mamat Khalid semakin pulih
Pengarah itu semakin beransur pulih dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan lagi.