ENG | BM
Buletin
Michael Ang kesal segelintir produksi ingkar arahan kerajaan

Penulis: Nisa Irina


Michael Ang minta syarikat produksi agar pentingkan keselamatan kru dan pelakon.

24 Mac – Pengarah Michael Ang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir syarikat produksi yang tidak bertanggungjawab melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih meneruskan sesi penggambaran.

Menurut Michael, minggu lalu dia telah membatalkan penggambaran drama "Perempuan Tanpa Dosa" yang sepatutnya bermula pada hari pertama kerajaan mengisytiharkan PKP iaitu 18 Mac. "Syarikat produksi yang berdegil elok dihantar kelas pengajian moral bagi menyedarkan mereka. Tidak perlu memberikan alasan terpaksa menanggung kerugian akibat membayar sewa alatan penggambaran.

"Apa nak susah, pulangkan sahaja alatan penggambaran. Apabila mahu pakai, sewa kembali. Dalam keadaan sekarang, semua orang faham wabak bahaya yang melanda negara.


"Adakah mahu melihat tindakan keras diambil kerajaan dan tempoh ini dilanjutkan lebih lama? Lebih baik menanggung kerugian sekarang daripada terpaksa menanggung lebih lama, jika masih tak mahu mengikut perintah dan berdegil keluar rumah," katanya yang dipetik dari BH Online.

Tambahnya lagi, dia berharap agar syarikat produksi memahami situasi pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan serta mementingkan keselamatan seluruh kru dan pelakon.

Pada masa yang sama, Michael turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan pembelian panik serta berhenti menyebarkan berita-berita palsu berkenaan perintah darurat.

Menerusi foto dan rakaman video yang dimuat naik menerusi laman Instagram, Michael meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir individu yang membeli barangan keperluan terlampau banyak sehingga kehabisan stok.

Berbalik kepada "Perempuan Tanpa Dosa", drama bersiri itu bakal menggandingkan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose semula selepas mereka menjayakan drama "Setelah Terlafaznya Akad".

(Sumber foto: Michael Ang Instagram)


Cinema Online, 24 Mac 2020

Filem Berkaitan
Ophilia (Malay) (18 Dec 2014)
Pautan Berkaitan
Michael bakal terbit "Michael Ang's Halal Kitchen"
Selain mengarah filem dan drama, Michael bakal muncul dengan program masakannya sendiri.
Micheal Ang: Drama lakonan Uqasha tak terjejas
Pengarah itu berkata drama arahannya tidak terjejas walaupun pelakon utama terpalit dengan kontroversi.
Michael Ang pertaruh "Hantu Rumah Sakit Jiwa"
Naskhah terbaru arahan Michael Ang ini sebenarnya sudah lama siap penggambaran.