ENG | BM
Buletin
Mrunal Thakur jadi polis dalam 'remake' "Thadam"

Penulis: Nisa Irina

Mrunal Thakur kini semakin dikenali di skrin lebar.
Mrunal Thakur kini semakin dikenali di skrin lebar.

13 Mac – Sebelum ini laporan menyatakan aktor Sidharth Malhotra dipilih untuk membintangi 'remake' filem Tamil "Thadam" dalam versi Hindi dengan menggalas dua watak.

Terbaru, aktres Mrunal Thakur telah menjadi pilihan pembikin filem itu bagi mengisi kekosongan peneraju wanita utama, iaitu watak seorang anggota polis.

Seperti yang dilaporkan oleh The Indian Express, filem itu bakal menerima arahan debut Vardhan Ketkar di bawah terbitan Bhushan Kumar dan Murad Khetani.

Buat masa ini, tiada butiran lanjut yang dikongsi oleh pembikin filem selain tarikh rilis yang ditetapkan pada 20 November tahun ini.

"Thadam" merupakan filem arahan Magizh Thirumeni yang dibintangi Arun Vijay, mengisahkan kes pembunuhan seorang pemuda yang menimbulkan kecelaruan pihak polis apabila mendapati terdapat seorang lelaki yang seiras suspek.

Untuk rekod, Mrunal merupakan seorang aktres televisyen terkenal sebelum diangkat sebagai bintang filem buat kali pertama menerusi sebuah filem Marathi, "Vitti Dandu" (2014).

Bakat Mrunal semakin bersinar selepas dia digandingkan dengan dua aktor hebat, Hrithik Roshan dalam filem "Super 30" (2019), dan John Abraham dalam "Batla House" (2019).

Tahun ini Mrunal dilihat semakin sibuk memandangkan dia terlibat dengan penggambaran dua filem sukan terbaru iaitu "Jersey" dan "Toofan".

Selain itu, baru-baru ini juga dia dilaporkan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Umesh Shukla berjudul "Aankh Micholi" yang dijangka rilis pada Diwali 2020.

(Sumber: The Indian Express)
(Sumber foto: Mrunal Thakur Instagram)


Cinema Online, 13 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Rohit Shetty berani ambil risiko hasilkan alam sinematik polis
Shetty berpendapat ramai pembikin filem takut untuk hasilkan filem komersial.
Dinesh Vijan rancang terbit "Chinese Medium" pula
Perancangan itu dipertimbangkan selepas filem "Hindi Medium" mendapat sambutan di China.
Kareena Kapoor teruja berkongsi skrin dengan Irrfan Khan buat pertama kali
Aktres itu bakal muncul dengan filem terbarunya "Angrezi Medium".