ENG | BM
Buletin
Mya Matahari meninggal dunia pada usia 44 tahun

Penulis: Ashraf Nasser

Your fans are just as dismayed as you are, Natasha.
Mya Matahari cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dihadapinya daripada orang ramai.
19 Mac - Pelakon dan penyanyi Mya Matahari telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 44 tahun semalam setelah sekian lama menyembunyikan penyakit kanser yang dihidapinya.

Menurut laporan dari Sinar Harian, berita mengenai pemergian Mya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee ini dikongsikan oleh rakan-rakan artis yang dekat dengannya.

Terdahulu pelakon yang mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak 1995 ini dikatakan telah mendapatkan rawatan kanser di China, namun kansernya terus merebak dengan cepat.

Sepanjang lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia seni tanah air, Mya mula mencipta populariti menerusi album sulungnya berjudul "Matahari", dan selepas itu dia muncul dengan dua buah album lagi.

Selain bidang muzik, Mya juga aktif dalam dunia lakonan filem, drama dan juga pementasan.

Antara filem yang pernah dibintanginya adalah "Gemerlapan" (1997), "Zaiton: Ceritaku" (2012) dan "Misteri Banglo Putih" (2002).

Pada tahun 2018, dia membuat kemunculan semula menerusi lagu terbaru "Perlu Ada Setia" dan pada masa sama menjadi peserta "Gegar Vaganza" musim kelima.

Mya sebelum ini pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada tahun 2009, namun mahligai yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada tahun 2015.

Hasil perkongsian hidup selama enam tahun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

(Sumber foto: Astro Awani Twitter)

Cinema Online, 19 Mac 2020

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Pelakon veteran Mr. Os meninggal dunia
Pelakon komedi popular Mr. Os telah meninggal dunia pada pukul 2.15 petang tadi.
Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung
Pelakon itu telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi.
Pelawak Abam Bocey disahkan meninggal dunia
Walau bagaimanapun punca kematian arwah masih belum didedahkan.
Aznil Nawawi bantu beri kesedaran pada masyarakat
Selebriti itu menasihatkan masyarakat supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.