ENG | BM
Buletin
Nabila Razali tidak lupakan kerjaya nyanyian walaupun kini aktif berlakon

Penulis: Ashraf Nasser

Nabila Razali tunda pelancaran single terbarunya berikutan negara berdepan situasi sukar penularan wabak COVID-19.
Nabila Razali tunda pelancaran single terbarunya berikutan negara berdepan
situasi sukar penularan wabak COVID-19.

23 Mac – Pelakon dan penyanyi popular Nabila Razali memberitahu dia tidak pernah mengabaikan kerjaya muziknya walaupun kini dirinya dilihat lebih aktif dalam bidang lakonan berbanding bidang nyanyian.

"Saya tidak menjangka apabila kerjaya lakonan semakin mendahului selepas orang ramai mengenali saya sebagai penyanyi sebelum ini. Walaupun saya kini berat ke arah lakonan, namun tidak bermaksud saya melupakan dunia nyanyian.

"Malah kalau perasaan menerusi drama "Seindah 7 Warna Pelangi" pun ada single terbaru saya. Lagu ini adalah hasil ciptaan Hael Husaini dan bakal dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai drama "Seindah 7 Warna Pelangi", wanita berusia 28 tahun itu mengakui berasa bersyukur dan gembira dapat membintangi drama dalam slot Akasia yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh ramai pelakon.

Malah bagi memastikan dia tidak mengecewakan pihak tv, produksi dan penonton, Nabila sanggup ke kelas lakonan sebelum masuk ke set penggambaran.

Menerusi drama itu Nabila bergandingan dengan pelakon popular Aeril Zafrel.

Sementara itu, Nabila berkata tarikh pelancaran single terbarunya itu masih lagi belum ditentukan berikutan dunia kini berdepan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Oleh itu, dia mahu keadaan negara betul-betul pulih dahulu sebelum lancar single terbarunya itu.

(Sumber foto: Nabila Razali Instagram)


Cinema Online, 23 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Nabila Razali perlahan kerjaya muzik demi lakonan
Pelakon dan penyanyi itu mahu fokus pada dunia lakonan tahun depan.