ENG | BM
Buletin
Ogy terbuka untuk bintangi "Classmate Hantu Kak Limah, Hantu Kak Roziah"

Penulis: Ashraf Nasser

Ogy sudah beri bayangan apakah kelainan yang akan ditampilkan sekiranya terlibat dalam filem itu.
Ogy sudah beri bayangan apakah kelainan yang akan ditampilkan sekiranya terlibat dalam filem itu.

23 Mac – Pelakon tersohor tanah air Fauziah Ahmad Daud memberitahu dia terbuka dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan pengarah filem terkenal Mamat Khalid untuk filem terbaru selepas pengarah itu meluahkan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ogy, dia juga teruja sekiranya dapat bekerja di bawah arahan Mamat tetapi dia perlu membaca skrip terlebih dahulu.

"Siapa tak nak kerjasama dengan Abang Mamat. Dia seorang pengarah tersohor dan saya amat menghormatinya. Jika tawaran datang, seperti biasa saya akan baca skrip dahulu. Orang kata, pucuk dicita ulam mendatang. InsyaAllah, jika ada jodoh takkan ke mana.

"Saya tahu setiap karyanya macam mana. Saya tidak dapat membayangkan tahap jenaka macam mana dalam skrip ini. Apa yang pasti mesti kelakar," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "Langit Cinta" ini lagi, sekiranya dia bersetuju untuk membintangi filem itu sudah pasti dia perlu menukar dirinya ke satu tahap yang berbeza supaya dapat uji kemampuannya.

Terdahulu Mamat menyatakan hasratnya mahu merisik Ogy untuk membintangi filem terbarunya tetapi sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan seniwati itu.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai kerjaya seni Ogy baru sahaja muncul dengan filem seram berjudul "Pusaka" yang mana ia telah mendapat kutipan pecah panggung iaitu lebih RM13 juta.

(Sumber foto: BH Online)


Cinema Online, 23 Mac 2020

Filem Berkaitan
Pusaka (Malay) (31 Oct 2019)
Langit Cinta (Malay) (07 Jan 2016)
Azura (Malay) (02 Feb 2012)
Pautan Berkaitan
Ogy Ahmad Daud tempelak penerbit A Aida
Pelakon lagenda tempatan ini salah seorang yang lantang membidas kenyataan penerbit drama sensasi itu.
Ogy tegur pengarah filem tempatan
Pelakon itu menegur pengarah yang terlibat dengan filem atau drama yang diadaptasi dari novel.