ENG | BM
Buletin
Taapsee Pannu mahu imbang lakonan filem Bollywood dan India Selatan

Penulis: Nisa Irina

Taapsee Pannu dilabel sebagai aktres versatil kerana bakatnya.
Taapsee Pannu dilabel sebagai aktres versatil kerana bakatnya.

14 Jan – Aktres Taapsee Pannu mengimbau semula karier lakonannya yang bermula dengan sepuluh buah filem India Selatan sebelum terjun ke dunia Bollywood menerusi filem arahan David Dhawan "Chashme Baddoor".

"Saya tak pernah menganggap penglibatan saya dalam industri Selatan sebagai batu loncatan ke industri Bollywood. Malah, saya masih membintangi sebuah filem Selatan bagi setiap tahun.

"Saya tak mahu memilih kerana saya ingin bekerja dalam kedua-dua industri dalam masa yang sama. Agak lama juga tempoh untuk saya menstabilkan karier dalam kedua-dua industri ini," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

2020 menandakan genap 10 tahun Taapsee berkecimpung dalam kariernya, di mana dia telah membuat debut menerusi filem Telugu berjudul "Jhummandi Naadam" arahan K. Raghavendra Rao.

"Pada ketika itu, saya masih baru dalam industri. Saya tak pernah berlakon dan tiada perancangan untuk menetapkan karier sebagai seorang pelakon. Tujuan saya membintangi filem adalah untuk mengeksperimentasikan hidup saya," tambahnya lagi.

Beralih ke perkembangan baru, Taapsee mempunyai empat buah filem berbeza genre yang bakal dirilis sepanjang tahun ini, bermula dengan filem "Thappad" arahan Anubhav Sinha, yang mana akan dirilis pada 28 Februari.

Seterusnya adalah filem thriller "Haseen Dilruba" dan dua buah filem sukan iaitu "Rashmi Rocket", yang akan menampilkan Taapsee sebagai atlet pelari pecut dan biopik "Shabaash Mithu" arahan Rahul Dholakia.

(Sumber foto: FHM India)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 14 Januari 2020