ENG | BM
Buletin
Penggambaran filem baru Pooja Hegde ditangguhkan

Penulis: Nisa Irina

Pooja Hegde turut teruja untuk bekerjasama dengan Salman Khan tidak lama lagi.
Pooja Hegde turut teruja untuk bekerjasama dengan Salman Khan tidak lama lagi.

24 Mac – Demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak, kumpulan produksi filem baru lakonan Pooja Hegde di Eropah terpaksa ditangguhkan buat sementara atas kebimbangan pandemik COVID-19.

"Saya dan kumpulan produksi sangat berhati-hati. Kami sentiasa membersihkan tangan, memakai topeng muka dan menjaga jarak dengan orang lain.

"Banyak lagi babak yang belum difilemkan. Pihak penerbit kini sedang merancang untuk mencari lokasi penggambaran yang baru," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Sehubungan dengan itu, aktres tersebut dilaporkan telah pulang ke India selepas terlibat dengan penggambaran yang baru sahaja berlangsung selama tiga hari di Georgia.

Menerusi filem yang belum diberi judul arahan Radha Krishna Kumar itu, Pooja digandingkan bersama Prabhas, aktor yang membuat debut di layar perak menerusi filem Telugu "Eeswar".

Beralih ke perkembangan lain, Pooja bakal bekerjasama dengan bintang terkenal Salman Khan menerusi filem terbaru mereka "Kabhi Eid Kabhi Diwali".

Menurut Pooja, dia teruja untuk memulakan sesi penggambaran yang dijangka bakal bermula pada penghujung tahun ini.

"Kabhi Eid Kabhi Diwali" dijangka akan menemui penonton pada Aidilfitri 2021.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Pooja Hegde Instagram)


Cinema Online, 24 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Lara Dutta bakal bekerjasama dengan produksi United Kingdom
Aktres itu bersedia untuk menerbitkan sebuah filem bukan fiksyen terbaru.
Shraddha Kapoor pernah tolak tawaran berlakon dengan Salman Khan
Aktres itu ingin fokus terhadap pelajaran pada ketika itu.
Rhea Chakraborty kongsi video kecergasan ketika tempoh kuarantin
Aktres itu ingin beri motivasi kepada orang ramai untuk amalkan gaya hidup sihat.
Watak Sanjay Dutt untuk filem "Bhuj: The Pride Of India" didedahkan
Filem aksi perang itu dijadual untuk ditayangkan pada 14 Ogos 2020.
Tahira Kashyap dan Ayushmann Khurrana pandai bahagi masa
Pasangan selebriti itu masih meluangkan masa bersama walaupun jadual kerja padat.
Kriti Sanon terbuka untuk berlakon dengan Hrithik Roshan
Aktres itu menafikan dia mempunyai projek filem baru dengan Hrithik.
Salman Khan gantung syarikat produksi SKF akibat COVID-19
Aktor dan penerbit itu akan mulakan operasi produksinya semula selepas situasi terkawal.
Yami Gautam imbangkan kerjaya dan kesihatan tubuh badan
Aktres itu mendedahkan dia berdepan masalah kesihatan pada tahun lalu.
Neeraj Pandey mungkin akan realisasikan filem "Crack"
Pembikin filem itu turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama semula dengan Akshay Kumar.