ENG | BM
Buletin
Perkahwinan Ali Fazal dan Richa Chadha ditunda akibat COVID-19

Penulis: Nisa Irina

Ali Fazal dan Richa Chadha sudah lima tahun bercinta.
Ali Fazal dan Richa Chadha sudah lima tahun bercinta.

19 Mac – Penantian para peminat untuk melihat pasangan romantik Bollywood Ali Fazal dan Richa Chadha melangsungkan perkahwinan terganggu apabila mereka terpaksa menunda majlis akibat pandemik COVID-19.

Baru-baru ini, pasangan yang pernah berkongsi skrin dalam filem "Fukrey" itu mengumumkan mereka bakal berkahwin pada April di Mumbai dan Delhi.

"Kebanyakan jemputan mereka merupakan selebriti dan bintang-bintang filem yang akan terbang dari Amerika Syarikat dan Eropah.

"Malah harapan pasangan itu untuk mengadakan sebuah lagi majlis di Delhi terbatal akibat perintah berkurung di sana.

"Jadi mereka akhirnya membuat keputusan terbaik iaitu menunda perkahwinan mereka ke tarikh baru tahun ini," dedah satu sumber menerusi laporan Hindustan Times.

Pada asalnya, mereka telah menetapkan tarikh perkahwinan antara bulan Jun dan Julai, namun atas komitmen kerja yang padat, mereka bercadang untuk melangsungkannya lebih awal.

Segala butiran mengenai tarikh baru perkahwinan mereka bakal diumumkan kelak.

Buat pengetahuan lanjut, Ali dan Richa pernah berkongsi skrin dalam menjayakan filem komedi "Fukrey" (2013) terbitan Farhan Akhtar dan Ritesh Sidhwani.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Bollywood Mantra)


Cinema Online, 19 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Latihan seni bela diri bantu Nora Fatehi kembangkan karier
Aktres itu sedang menjalani penggambaran filem sejarah "Bhuj: The Pride of India".
Produksi filem "Jersey" Shahid Kapoor ditangguhkan tiga minggu
Perkara itu berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
IIFA 2020 ditunda akibat wabak COVID-19
Perkara itu telah diputuskan oleh pihak penganjur dan kerajaan Madhya Pradesh.
Rhea Chakraborty kongsi video kecergasan ketika tempoh kuarantin
Aktres itu ingin beri motivasi kepada orang ramai untuk amalkan gaya hidup sihat.
Shraddha Kapoor pernah tolak tawaran berlakon dengan Salman Khan
Aktres itu ingin fokus terhadap pelajaran pada ketika itu.
Lara Dutta bakal bekerjasama dengan produksi United Kingdom
Aktres itu bersedia untuk menerbitkan sebuah filem bukan fiksyen terbaru.