ENG | BM
Buletin
Produksi "Badhaai Do" bakal mula Jun 2020

Penulis: Nisa Irina

Rajkummar Rao dan Bhumi Pednekar bakal digandingkan buat pertama kali.
Rajkummar Rao dan Bhumi Pednekar bakal digandingkan buat pertama kali.

11 Mac – Pembikin filem pecah panggung "Badhaai Ho" (2018) telah mengesahkan proses produksi sekuel filem itu yang diberi judul "Badhaai Do" bakal bermula pada Jun tahun ini.

Jika filem pertama dibintangi Ayushmann Khurrana dan Sanya Malhotra, untuk sekuel kali ini pembikin filem bersetuju untuk menggandingkan Rajkummar Rao bersama Bhumi Pednekar.

Kerjasama mereka buat kali pertama di layar lebar itu akan menampilkan Rajkummar sebagai satu-satunya pegawai polis lelaki di sebuah balai polis wanita di Delhi, sementara Bhumi menggalas watak guru pendidikan jasmani.

"Biarpun saya pernah membawa watak polis sebelum ini, namun perspektif kali ini berbeza. Sudah lama saya menanti watak sebegini.

"Watak saya dikelilingi oleh wanita-wanita yang kuat dan secara tidak langsung ia menguatkan lagi personalitinya," ujar Rajkummar yang dipetik dari Hindustan Times.

Menurut Bhumi pula, dia berasa teruja kerana ditawarkan untuk membintangi filem itu memandangkan dia juga menggemari filem "Badhaai Ho", menyebabkan dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran tersebut.

"Skrip filem ini adalah salah satu skrip paling menarik yang pernah saya jumpa sebab itu saya bersetuju untuk membintanginya. Tema filem juga sangat relevan dan banyak berkait dengan masa kini," katanya.

Diarahkan oleh Harshavardhan Kulkarni, filem "Badhaai Do" dijangka untuk ditayangkan pada tahun hadapan.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Rajkummar Rao & Bhumi Pednekar Instagram)


Cinema Online, 11 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Dinesh Vijan rancang terbit "Chinese Medium" pula
Perancangan itu dipertimbangkan selepas filem "Hindi Medium" mendapat sambutan di China.
Kareena Kapoor teruja berkongsi skrin dengan Irrfan Khan buat pertama kali
Aktres itu bakal muncul dengan filem terbarunya "Angrezi Medium".
Penggambaran "Radhe" di Thailand & Azerbaijan dibatalkan
Salman Khan terpaksa membatalkan penggambaran di dua negara itu akibat COVID-19.
Vicky Kaushal sanggup keluar duit sendiri untuk berlakon
Aktor itu mendedahkan cabaran hidupnya sebelum bergelar bintang Bollywood.
Rohit Shetty adakan mesyuarat berkenaan tayangan "Sooryavanshi"
Pihak produksi berbincang jika tayangannya perlu ditunda berikutan wabak COVID-19.
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan
Perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak produksi terlebih dahulu.