ENG | BM
Buletin
Produksi filem "Jersey" Shahid Kapoor ditangguhkan tiga minggu

Penulis: Nisa Irina

Shahid Kapoor nasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan wabak COVID-19.
Shahid Kapoor nasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan wabak COVID-19.

17 Mac – Demi menjaga kesihatan dan keselamatan semua pihak atas situasi pandemik wabak COVID-19, produksi filem "Jersey" yang dibintangi oleh aktor Shahid Kapoor terpaksa ditunda buat sementara waktu.

Seperti yang dilaporkan oleh Mumbai Mirror, sesi penggambaran filem sedang berlangsung di Chandigarh itu akan ditangguhkan selama dua hingga tiga minggu mengikut keputusan pihak produksi.

"Kami jangka penggambaran akan berakhir pada penghujung April tetapi memandangkan krisis dunia ini sedang berlaku, kami terpaksa menangguhkannya. Jika situasi semakin terkawal, kami akan sambung produksi

"Namun ia tidak akan mengganggu tarikh rilis kami. Kami masih mempunyai tempoh empat hingga lima bulan untuk proses pos-produksi selepas kami selepas penggambaran pada pertengahan Mei," ujar penerbit Aman Gill.

Dalam pada itu, Shahid turut mengumumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter serta menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam mengelakkan penyebaran wabak berkenaan.

Aktor itu juga sudah pulih dari kecederaan di bahagian bawah mulutnya akibat terkena bola kriket dan memerlukannya menerima sebanyak 13 jahitan pada Januari lalu.

"Jersey" merupakan sebuah 'remake' kepada filem Telugu yang sama judul. Filem versi Hindi itu diarahkan oleh Gowtham Tinnanuri, yang juga bertindak sebagai pengarah bagi filem asal.

Filem itu akan menemui penonton di pawagam bermula 28 Ogos 2020.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Shahid Kapoor Instagram)


Cinema Online, 17 Mac 2020

Pautan Berkaitan
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan
Perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak produksi terlebih dahulu.
Sesi uji bakat filem buat Radhika Madan lebih yakin
Aktres itu berpendapat pelakon yang tidak menyertai uji bakat kurang keyakinan diri.
Imtiaz Khan disahkan meninggal dunia
Pengarah dan aktor veteran itu meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.
Perkahwinan Ali Fazal dan Richa Chadha ditunda akibat COVID-19
Pasangan itu berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada April.
Priyanshu Painyuli sertai Taapsee Pannu dalam "Rashmi Rocket"
Aktor itu menerima tawaran filem tersebut pada saat akhir.
Zizie Ezette akui rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera
Kali terakhir pelakon itu berlakon pada tahun 2017 menerusi sebuah drama.