ENG | BM
Buletin
Produksi filem baru Shah Rukh Khan bakal mula Julai 2020

Penulis: Nisa Irina

Shah Rukh Khan bakal bekerjasama dengan pengarah filem "Maroon" (2017).
Shah Rukh Khan bakal bekerjasama dengan pengarah filem "Maroon" (2017).

18 Mac – Bintang terkenal Shah Rukh Khan bakal menerbitkan filem terbarunya berdasarkan kes serangan seksual besar-besaran yang berlaku di pusat perlindungan Balika Grih di Muzaffarpur pada 2018.

Difahamkan kes itu melibatkan lebih 40 orang gadis bawah umur dirogol, diseksa, dibiarkan kebuluran, disuntik dadah dan diperas ugut oleh ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan pusat perlindungan itu.

Menurut laporan Mumbai Mirror, Shah Rukh Khan telah memilih Pulkit, pengarah filem "Maroon" (2017), untuk menggarap filemnya yang belum diberi judul itu.

"Pulkit juga telah menulis skrip filem ini sebaik sahaja dia membaca berita mengenai kes tersebut. Dia telah melakukan kajian sepenuhnya bagi menjayakan filem ini.

"Filem ini akan menampilkan protagonis berupa seorang wartawan dan produksi dijangka akan bermula pada Julai. Para pelakon akan dipilih tidak lama lagi," dedah satu sumber.

Walau bagaimanapun, sebarang butiran lanjut masih belum didedahkan oleh Shah Rukh Khan dan syarikat produksinya Red Chillies Entertainment.

Beralih ke perkembangan lain, Shah Rukh Khan dilaporkan bakal membuat penampilan cameo menerusi filem "Shershaah" dan "Brahmastra" terbitan Karan Johar.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Economic Times)


Cinema Online, 18 Mac 2020

Pautan Berkaitan
"Sooryavanshi" akhirnya terpaksa ditunda juga
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan penutupan panggung di Delhi.
Kerajaan arah semua panggung wayang di Delhi ditutup sehingga 31 Mac
Ia berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.
Akshay Kumar lakukan aksi lagak ngeri tanpa alat keselamatan
Perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak produksi terlebih dahulu.