ENG | BM
Buletin
Rhea Chakraborty kongsi video kecergasan ketika tempoh kuarantin

Penulis: Nisa Irina

Rhea Chakraborty bakal tampil dalam filem terbarunya
Rhea Chakraborty bakal tampil dalam filem terbarunya "Chehre".

21 Mac – Aktres Rhea Chakraborty meluangkan tempoh kuarantinnya dengan berkongsi video-video senaman kecergasan sebagai bentuk motivasi kepada orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat di rumah.

"Apabila saya mula bersenam di rumah, saya menyedari ia perlu dilakukan dengan kerap, jika tak badan kita akan menjadi malas. Kini, saya ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama motivasikan diri untuk bersenam.

"Selain itu, saya turut meluangkan masa untuk membaca, termasuk puisi setelah sekian lama tidak melakukannya.

"Dahulu saya selalu melakukan semua ini, tetapi lama-kelamaan semakin jarang kerana sibuk dengan penggambaran filem dan mesyuarat," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Antara regimen senaman yang dilakukannya ialah kardio, latihan berat badan, yoga dan meditasi. Bintang filem "Half Girlfriend" itu turut mengingatkan supaya menggunakan masa ini untuk meluangkan bersama keluarga.

Beralih ke perkembangan kariernya, Rhea bakal membintangi filem thriller misteri "Chehre" arahan Rumi Jaffery. Filem itu menampilkan bintang veteran Amitabh Bachchan dan Emraan Hashmi sebagai peneraju utama.

Diterbitkan oleh Anand Pandit, "Chehre" bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2020.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Rhea Chakraborty Instagram)


Cinema Online, 21 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Perkahwinan Ali Fazal dan Richa Chadha ditunda akibat COVID-19
Pasangan itu berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada April.
Filem Amitabh Bachchan "AB Anni CD" bakal dirilis semula
Perkara itu diputuskan oleh penerbit memandangkan panggung wayang ditutup akibat COVID-19.
Imtiaz Khan disahkan meninggal dunia
Pengarah dan aktor veteran itu meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan.
Shahid Kapoor kongsi aktiviti ketika tempoh kuarantin
Aktor itu meluangkan masa menjawab pertanyaan para peminatnya di Instagram.
Penggambaran filem baru Pooja Hegde ditangguhkan
Aktres itu pulang ke India selepas penggambaran di Eropah ditangguhkan atas faktor keselamatan.
Produksi filem Katrina Kaif dan Amitabh Bachchan dijangka mula Mei
Filem komedi kekeluargaan itu menggandingkan mereka sebagai bapa dan anak.
Sanya Malhotra kongsi persiapannya bagi filem "Pagglait"
Baru-baru ini Sanya telah memuat naik foto di sebalik tabir penggambaran filem tersebut.
Rakul Preet Singh akui penggambaran iklan barunya mencabar
Pihak produksi telah mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang penggambaran berlangsung.