ENG | BM
Buletin
Rita Rudaini puji masyarakat punyai kesedaran terhadap PKP

Penulis: Nisa Irina

Rita Rudaini kesal dengan segelintir pihak yang meneruskan pembelian panik.
Rita Rudaini kesal dengan segelintir pihak yang meneruskan pembelian panik.

23 Mac - Pelakon Rita Rudaini memuji sikap masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah masuk hari keenam sejak ia diisytiharkan oleh kerajaan sebagai langkah mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Menurut bintang filem "Mami Jarum" itu, dia kagum melihat orang ramai mengikuti garis panduan yang diperintahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu hanya wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.

"Ketika saya berada di pasar raya, orang mula beratur dengan jarak ditetapkan mengikut garisan yang disediakan. Bagi saya, itu satu pencapaian apabila orang ramai mula ada kesedaran terhadap perkara ini.

"Malah, yang datang pun seorang diri saja dan tidak lagi membawa keluarga bersama. Kiranya, semua makin faham dan ingin lebih berhati-hati," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metroe.


Pada masa yang sama, Rita turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan pembelian panik sepanjang tempoh PKP setelah mendapati kebanyakan barang keperluan di pasar raya habis.

Seperti yang dimuat naik menerusi laman Instagram, Rita dilihat menggunakan tempoh PKP untuk memasak resepi-resepi baru serta meluangkan masa bersama dua anak lelakinya.

Beralih ke perkembangan kerjaya, kali terakhir Rita dilihat berlakon adalah menerusi telefilem "Mak Nak Peluk Boleh" bersama pelakon Nasha Aziz yang ditayangkan di TV3 pada awal Januari lalu.

Rita akan tampil dalam sebuah karya terbaru terbitan Zeel Production berjudul "Bukan Cinta Biasa", yang mana dia digandingkan dengan pelakon dan penyanyi Sharul Kamal.

(Sumber foto: Rita Rudaini Instagram)


Cinema Online, 23 Mac 2020

Filem Berkaitan
Balistik (Malay) (09 Jan 2014)
MAKAR (Malay) (05 Aug 2004)
Pautan Berkaitan
Rita Rudaini tolak tawaran berlakon watak tua
Pelakon itu tidak kisah sekiranya tawaran berlakon kurang kerana tindakannya itu.
Rita Rudaini buat debut di pentas komedi
Pelakon itu ingin mencabar dirinya dalam pertandingan 'stagecom' buat kali pertama.
Buku biografi Rita Rudaini habis terjual dalam tempoh singkat
Kisah mengenai hidup pelakon sensasi itu mendapat jual 3,000 naskah dalam tempoh empat hari.
Selebriti tempatan sebulat suara nasihatkan rakyat #StayAtHome
Ia berikutan ada pihak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan kerajaan.