ENG | BM
Buletin
Rohit Shetty berani ambil risiko hasilkan alam sinematik polis

Penulis: Nisa Irina


Rohit Shetty akui agak bimbang untuk hasilkan alam sinematik polisnya.

10 Mac – Penerbit dan pengarah terkenal Rohit Shetty berpendapat bahawa filem-filem komersial semakin kurang dilihat di layar perak kerana para pembikin filem takut untuk menerbitkan filem sebegitu.

Walau bagaimanapun, Shetty masih berani mengambil risiko untuk mencipta benda baru dengan menerbitkan alam sinematik polis yang berjaya menerima sambutan baik dalam kalangan peminat.

Alam sinematik itu terdiri dari filem-filem seperti "Singham", "Singham Returns, "Simmba" serta yang terbaru, "Sooryavanshi" dan "Singham 3".

"Filem komersial semakin mati. Hanya tinggal sebilangan pembikin filem yang menghasilkan filem-filem komersial kerana ramai yang takut. Kami perlu idea yang baru untuk hasilkan filem sebegini.

"Ketika kami menghasilkan "Simmba", kami terfikir untuk menggabungkan "Singham" dan "Sooryavanshi" di dalamnya dan ia merupakan permulaan bagi alam sinematik kami.

"Kami khuatir jika "Simmba" tidak menerima sambutan, ia akan memberi kesan kepada "Singham". Benar ia adalah suatu perkara yang berisiko tetapi kami ambil risiko itu. Penonton yang membantu mencipta alam sinematik ini," katanya yang dipetik dari Hindustan Times.

Bertindak sebagai pengarah "Sooryavanshi", sebelum ini Shetty pernah meluahkan hasratnya untuk menghasilkan filem aksi setanding dengan filem-filem Hollywood.

Diterbitkan oleh hasil kerjasama Hiroo Yash Johar, Karan Johar serta beberapa penerbit lain, "Sooryavanshi" menampilkan bintang terkenal Akshay Kumar sebagai DCP Veer Sooryavanshi, ketua Skuad Anti-Pengganas.

"Sooryavanshi" bakal menggegarkan pawagam bermula 24 Mac ini!

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)


Cinema Online, 10 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Jacqueline Fernandez dedah cabaran sebelum ceburi dunia Bollywood
Aktres itu dedahkan ramai pihak berpendapat dia tidak sesuai untuk industri itu.
Kajol gembira buat pilihan tepat untuk debut filem pendek
Aktres itu telah menjayakan filem pendek arahan Priyanka Banerjee berjudul "Devi".
Taapsee Pannu jalani latihan kecergasan di Haridwar
Aktres itu sedang mempersiapkan diri sebelum penggambaran "Rashmi Rocket".
Jackky Bhagnani bakal hasilkan 'remake' "The Burning Train" dalam skala besar
Produksi filem itu dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun ini.
Tara Sutaria jadi pilihan pihak produksi "Ek Villain 2"
Aktres itu akan digandingkan bersama tiga lagi peneraju utama filem sekuel tersebut.
Mrunal Thakur jadi polis dalam 'remake' "Thadam"
Aktres itu akan digandingkan bersama aktor Sidharth Malhotra sebagai peneraju utama.