ENG | BM
Buletin
Rohit Shetty adakan mesyuarat berkenaan tayangan "Sooryavanshi"

Penulis: Nisa Irina

Rohit Shetty bersama orang-orang penting sewaktu pelancaran treler Sooryavanshi.
Rohit Shetty bersama orang-orang penting sewaktu pelancaran treler "Sooryavanshi".

13 Mac – Peningkatan kes penularan wabak COVID-19 telah menjejaskan industri perfileman di seluruh dunia termasuk Bollywood, menyebabkan para pembikin filem terpaksa menunda tayangan filem mereka ke tarikh baru.

Terkini, penerbit dan pengarah Rohit Shetty mengadakan mesyuarat saat akhir bersama pihak produksi yang terdiri daripada penerbit Karan Johar dan Shibasish Sarkar serta peneraju utama filem "Sooryavanshi" Akshay Kumar.

Buat masa ini, mereka sedang membincangkan jika mereka perlu menunda tayangan filem yang sepatutnya dirilis pada 24 Mac ini. Baru-baru ini, mereka telah mengadakan majlis pelancaran treler filem tersebut.

"Kami masih belum menukar tarikh rilis filem ini tetapi perbincangan masih berjalan memandangkan situasi di luar sana berubah setiap jam. Kami tidak dapat menjangka jika impak Coronavirus akan memberi kesan kepada tarikh rilis.

"Kami perlu mengejar masa pada hujung minggu ini. Saya perlu menyediakan salinan penting "Sooryavanshi" untuk dihantar ke pasaran antarabangsa pada 17 Mac, kami memang tak cukup masa," ujar Shibasish yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, laporan menyatakan sesi penggambaran filem Akshay Kumar, "Prithviraj", yang sepatutnya berlangsung di Rajasthan juga telah dibatalkan dan diubah ke Mumbai, sementara penggambaran filem "Takht" arahan Karan Johar pula ditangguhkan buat sementara waktu.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)


Cinema Online, 13 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Produksi "Badhaai Do" bakal mula Jun 2020
Filem itu merupakan sekuel kepada "Badhaai Ho" yang ditayangkan dua tahun lalu.
Radhika Madan banyak belajar dari lakonan aktor lain
Aktres itu dedahkan dia punyai keserasian berlakon dengan Irrfan Khan dalam "Angrezi Medium".
Bhumi Pednekar rasa bertuah jadi pilihan para penerbit
Aktres itu mempunyai empat buah projek filem besar yang ditayangkan tahun ini.