ENG | BM
Buletin
Karier lakonan Hrithik Roshan hampir cecah dua dekad

Penulis: Nisa Irina

Hrithik Roshan sambut hari jadinya yang ke-46 pada 10 Januari baru-baru ini.
Hrithik Roshan sambut hari jadinya yang ke-46 pada 10 Januari baru-baru ini.

11 Jan – Karier Hrithik Roshan sebagai bintang dalam dunia Bollywood kini hampir mencapai 20 tahun sejak debutnya menerusi filem "Kaho Naa... Pyaar Hai" yang diarah dan diterbitkan bapanya Rakesh Roshan.

"Setiap tahun saya banyak belajar dari filem-filem yang saya bintangi tetapi hanya pada beberapa tahun lepas saya mula berasa yakin sebagai seorang aktor. "Kaabil" adalah filem yang menjadi titik perubahan bagi saya, diikuti dengan "Super 30" dan War".

"Kini saya lebih mempercayai naluri saya. Azam saya tahun ini adalah mengimbangi kerja yang berkualiti dan masa yang mencukupi untuk diluangkan bersama keluarga," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Baru-baru ini, Hrithik telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 pada 10 Januari. Dia turut mendedahkan bahawa dia bakal melibatkan dengan projek-projek filem baru sepanjang tahun ini.

"Terdapat banyak skrip yang sedang saya baca dan telitikan buat masa ini. Apabila saya jumpa skrip yang saya tidak boleh tolak, saya akan umumkan kepada anda tidak lama lagi," tambahnya lagi.

Tahun 2019 menyaksikan Hrithik menjayakan dua buah filem pecah panggung, iaitu filem biografi mengenai pakar Matematik Anand Kumar berjudul "Super 30" di bawah arahan Vikas Bahl.

Sebuah lagi adalah filem aksi thriller "War" yang menggabungkan Hrithik bersama seorang lagi bintang filem aksi, Tiger Shroff. Filem itu diarahkan oleh Siddharth Anand di bawah terbitan Aditya Chopra.

(Sumber foto: Hrithik Roshan Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)


Cinema Online, 11 Januari 2020