ENG | BM
Buletin
Saif Ali Khan idam watak sesuai dengan usia

Penulis: Nisa Irina

Saif Ali Khan akan terus bekerja sehingga tiba waktu untuk dia bersara dari dunia lakonan.
Saif Ali Khan akan terus bekerja sehingga tiba waktu untuk dia bersara dari dunia lakonan.

16 Jan – Aktor Saif Ali Khan memberitahu dia mengidamkan watak yang bersesuaian dengan usianya seperti yang dibawakan menerusi filem komedi terbarunya "Jawaani Jaaneman" arahan Nitin Kakkar.

"Saya rasa bertuah kerana mendapat watak seperti "Omkara", "Tanhaji" dan filem-filem sebegini. Penerbit Jay Shewakramani yang menawarkan filem ini kepada saya.

"Saya ingin membawa watak yang sesuai dengan umur dan saya watak bapa dalam filem ini sangat menarik. Ia lain dari yang lain," katanya yang dipetik dari Times of India.

Menurut Saif, dia tidak berasa tertekan memikirkan usianya yang semakin meningkat kerana dia menikmati setiap saat yang diluangkan hingga kini.

"Saya berasa senang kerana mempunyai masa untuk membuat duit, dan untuk berehat. Saya akan bekerja sehingga mampu. Apabila tiba waktu untuk bersara, saya akan bersara dan berehat," tambahnya lagi.

Filem itu akan menggandingkan Saif dengan pelakon baru Alaya Furniturewala, yang juga anak kepada bekas pelakon Pooja Bedi, sebagai anak beranak dan Tabu sebagai bekas kekasihnya.

"Jawaani Jaaneman" akan ditayangkan di pawagam bermula 31 Januari ini.

(Sumber foto: Mens XP)
(Sumber artikel: Times of India)


Cinema Online, 16 Januari 2020