ENG | BM
Buletin
Saket Chaudhary akui tak berminat arah filem "Agrezi Medium"

Penulis: Nisa Irina

Saket Chaudhary tidak dijemput ke tayangan perdana "Angrezi Medium".
Saket Chaudhary tidak dijemput ke tayangan perdana "Angrezi Medium".

17 Mac – Pengarah filem "Hindi Medium" Saket Chaudhary bersikap tetap pendirian apabila mengakui dia tidak berminat apabila ditawarkan untuk mengarah "Angrezi Medium" yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

"Penerbit Dinesh Vijan ada memberi tawaran kepada saya untuk mengarah filem itu tetapi saya menolaknya. Saya tidak pernah terfikir untuk hasilkan sekuel kerana saya telah sampaikan cerita saya dalam "Hindi Medium".

"Saya hanya membikin filem apabila saya rasa ada topik yang ingin saya ceritakan. Saya rasa saya dah sampaikan apa kisah yang penonton mahukan. Selepas itu tiada benda baru untuk diceritakan mengenai pendidikan dan kekeluargaan," katanya menerusi News18.

Menurut Saket lagi, dia tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri tayangan perdana "Angrezi Medium" dan tidak berhubung dengan pihak produksi Maddock Films.

"Walau apapun, saya merasai pengalaman yang mengujakan sepanjang mengarah "Hindi Medium" dan saya berbangga dengan kejayaan filem itu. Saya akan fikirkan jika ingin menonton "Angrezi Medium" atau tidak," tambahnya lagi.

Kedua-dua filem itu diterbitkan oleh Dinesh Vijan, yang mana baru-baru ini mendedahkan perancangannya untuk menerbitkan "Chinese Medium" susulan sambutan menggalakkan daripada penonton di China.

"Angrezi Medium" diarahkan oleh Homi Adajania dan dibintangi Irrfan Khan, Radhika Madan, Kareena Kapoor Khan, Deepak Dobriyal, Dimple Kapadia dan ramai lagi.

Memandangkan penularan wabak COVID-19 semakin meningkat, filem yang asalnya bakal ditayangkan pada 13 Mac telah ditunda ke tarikh baru yang bakal diumumkan kelak.

(Sumber: News18)
(Sumber foto: Competitive Times)


Cinema Online, 17 Mac 2020

Pautan Berkaitan
Tara Sutaria jadi pilihan pihak produksi "Ek Villain 2"
Aktres itu akan digandingkan bersama tiga lagi peneraju utama filem sekuel tersebut.
Jackky Bhagnani bakal hasilkan 'remake' "The Burning Train" dalam skala besar
Produksi filem itu dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun ini.
Ahmed Khan: Kami akan terus hidupkan francais "Baaghi"
Pengarah itu merancang untuk hasilkan "Baaghi 4" jika mendapat persetujuan penerbit.
Kriti Sanon perlu susutkan badan pula
Sebelum ini Kriti perlu menambah berat sebanyak 15kg untuk wataknya dalam filem "Mimi".
Filem Amitabh Bachchan "AB Anni CD" bakal dirilis semula
Perkara itu diputuskan oleh penerbit memandangkan panggung wayang ditutup akibat COVID-19.